Thursday 7 April 2011

Terbaru..!!! Pencacai PAS biadap pada rakyat Sarawak..!!!

Banner yang sudah di"edit" blogger pembangkang

Banner yang di"polah" oleh penduduk kampung di Sarawak

Nampaknya, ada orang dari puak-puak PAS Semenanjung yang bodoh dan bengap, yang "tidak faham", tapi tunjuk macam "faham". Dan sudahlah "tak faham", dituduh dan dikutuknya pula rakyat di Sarawak ini tidak faham!

Memang kurang ajar! Datang tidak dijemput, masuk tidak dihalau, salam tidak diberi, masuk "rumah orang" tapi bawa perangai hodoh dan busuk jijik. Sila rujuk di sini untuk kebiadapan blogger PAS terhadap rakyat Sarawak.

Seorang blogger PAS menunjukkan kemarahannya kepada rakyat Sarawak apabila penduduk sebuah kampung pro-BN di Bumi Kenyalang ini bertindak memasang kain rentang bagi menghalang mana-mana pembangkang masuk ke kampung mereka untuk berkempen.

Namun, kerana politik dan geram dengan tindakan penduduk kampung yang menolak pembangkang, terutamanya PAS di Sarawak, maka blogger PAS ini telah bertindak "mengedit" gambar banner tersebut untuk memuaskan hatinya yang marah. Mungkin dia di antara pembangkang yang gagal masuk ke kampung tersebut!

Blogger ini mempertikaikan mengapa UMNO tidak masuk ke Sarawak dan bertanding di Bumi Kenyalang ini. Lihatlah betapa bodohnya soalan dari pemikiran jumud penyokong tegar PAS ini! Soalan begitu pun dia tak boleh nak fikir sendiri?

Sebenarnya, UMNO tidak masuk ke Sarawak di atas dasar parti UMNO sangat menghormati rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak mempunyai identiti dan budaya politik yang sangat berbeza dengan politik Semenanjung. UMNO berasaskan Melayu, khususnya di Semenanjung. Dan UMNO percaya bahawa rakyat tempatan Sarawak sendiri lebih layak untuk memerintah Bumi Kenyalang ini.

Di Sarawak, Melayu bukanlah kaum majoriti seperti di Semenanjung. Mungkin blogger PAS ini tak pernah datang ke Sarawak, mungkin? Di sini, semua kaum bersatu di dalam parti-parti komponen masing-masing yang terdiri dari kepelbagaian kaum tanpa mengikut kaum atau etnik. Namun, mereka sangat bersatu di dalam satu payung, iaitu BN.

Mungkin blogger PAS ini buta sejarah dan tidak tahu menahu tentang Sarawak sehingga menuduh rakyat Sarawak tidak faham tentang apa itu Kerajaan. Sebenarnya, blogger PAS itulah yang tidak tahu tentang erti sebuah Kerajaan. Sepatutnya, dia perlu belajar lebih lagi untuk mengetahui tentang latar belakang dan sejarah Sarawak sebelum datang dan menulis tentang negeri ini.

Pada penulis, blogger ini sangat kurang ajar pada rakyat Sarawak. Sewajarnya, dia harus tahu bahawa Sarawak mempunyai budaya budi pekerti yang sangat tinggi. Namun, jika orang sepertinya bertindak kurang ajar, pastinya orang Sarawak tahu bagaimana nak "mengajarnya".

Mujurlah Sarawak kini adalah Sarawak moden dan maju, jika blogger PAS ini bersikap begini dahulu, tentunya pahlawan ngajat Iban sudah "mengajar"nya berbudi bahasa di negeri orang! Memalukan saja blogger PAS ini, biadap!

3 comments:

  1. PAS ni selaunya bodoh tak boleh diajar!
    Melayu mudah lupa ............

    ReplyDelete
  2. masa mak dia terberanak dia dulu memang bidan dah kata, mamat pas ni bengap ... abih, nak buat camno?

    ReplyDelete
  3. mcm mana kalau BN yang jadi Pembangkang nanti mcm di Selangor dan Pulau Pinang? boleh pakei gik ka kain rentang ya?

    ReplyDelete