Thursday 14 April 2011

Terkini..!!! "Ketua Menteri idaman DAP" umum beri "bulan dan bintang"..!!!


Baru Bian, "Ketua Menteri idaman DAP", mengumumkan bahawa dia akan menaikkan gaji Tuai Rumah kepada RM950 sebulan, Penghulu pula RM1050 sebulan, gaji Pemancha dinaikkan kepada RM1250 dan Temenggong kepada RM1600 sebulan.

"Murah hati" sungguh Baru Bian dan pembangkang di Sarawak. Sekali pandang, memang mereka "pemurah" dan kononnya "membela nasib rakyat" dengan menaikkan gaji Tuai Rumah, Penghulu, Pemancha dan Temenggong. Seakan-akan Kerajaan BN tidak mampu menaikkan gaji mereka.

Tapi itulah pembangkang yang suka menjanjikan janji "bulan dan bintang", tapi bila sudah berkuasa, mereka tidak menunaikannya seperti yang berlaku di Selangor, misalnya.

Dulu, di Selangor, mereka menjanjikan elaun khas setiap bulan kepada setiap ibu tunggal, warga emas, anak masuk sekolah, suri rumah sepenuh masa, bayi baru lahir dan anak masuk universiti.

Tapi setelah berjaya menjajah Selangor, semua yang dijanjikan di atas itu tidak pun ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor. Lebih memeritkan, mereka menghabiskan wang Kerajaan sehingga Yayasan Selangor mengalami kerugian dan defisit lebih RM7 juta. Wang selenggara kenderaan mereka ialah lebih RM6 juta setahun, selenggara kereta atau "belon"???

Janji Baru Bian itu sebenarnya langsung tidak berkreadibiliti, tidak boleh dipercayai dan bohong semata-mata. Janji itu hanyalah undi menarik undi Tuai Rumah, Penghulu, Pemancha, Temenggong dan rakyat Sarawak sahaja. Orang di Semenanjung sudah kena tipu hidup-hidup, orang Sarawak pun rela kena tipu juga???

No comments:

Post a Comment