Hanya dipisahkan dengan jarak 30 meter, Ezam Mohd Noor dan Azmin Ali, bertempur di medan kempen di Kampung Boyan baru-baru ini. Ezam, adalah bekas panglima no.1 Anwar sejak zaman reformasi lagi. Manakala Azmin pula adalah panglima "anak emas" Anwar yang taat pada Anwar, tapi dayus!
Menurut cerita di sini, ketika Azmin sedang berucap dipentas, maka tibalah Ezam, bekas panglima sulung Anwar dahulu, tapi sudah berpatah arang dengan peliwat tegar itu.
Melihat Azmin sedang berucap, darah panglima Ezam naik mendadak. Ezam naik ke pentas lantas dilondehnya segala "kemaluan" yang ada pada Anwar, Azmin dan PKR. Ezam belasah Azmin cukup-cukup! Habis-habisan!!!
Tak terjawab pula Azmin dibuatnya. Keadaan semakin hangat! Azmin yang terkedu dengan hujah Ezam, hanya mampu menyerang Taib Mahmud sahaja. Mana mampu Azmin berhadapan dengan Ezam. Siapalah Azmin berbanding Ezam ketika di dalam PKR...
Hasilnya, kereta yang membawa Ezam jadi mangsa lepas geram puak-puak PKR. Kereta Ezam dipukul dan disepak oleh balaci-balaci PKR yang diimport dari Semenanjung. Namun Ezam dibela oleh hulubalang PBB. Berdarah jugaklah budak PKR tu dikerjakannya. Mujurlah FRU datang menghalang, kalau tidak, tak balik Semenanjunglah budak PKR tu...
Sebenarnya, Ezamlah panglima sebenar. Dia berjiwa "fighter". Dialah di antara pengasas Keadilan. Dari tidak berdaftar hinggalah kini menjadi PKR, Ezamlah yang teruk buat kerja. Yang kuat berdemo menyalak ditengah jalan raya dulu tu Ezamlah punya kerja. Luar dalam PKR di dalam poketnya sahaja.
Sejak Anwar ditahan dan dipenjara di Sungai Buloh dulu, Ezamlah yang menjaga keluarga Anwar. Ezamlah yang memberi harapan kepada Wan Azizah sekeluarga untuk melepaskan Anwar dari penjara. Ezamlah yang mengatur semuanya, bukan Azmin!
Siapa Azmin? Ketika Anwar dipenjara, Azmin di"haram"kan Kak Wan untuk menjejakkan kaki di rumahnya. Kak Wan tak mahu tengok muka Azmin. Mengapa? Kalau nak tahu jawapannya, tanya Kak Wan, Nurul Izzah atau Shamsidar, isteri Azmin.
Alahhh..bukan Kak Wan dan Izzah tak tahu Azmin merelakan "dimadukan" Shamsidar. Siapa madunya? Takkan Nallakaruppan kot? Kalau Nalla, takkanlah Kak Wan dan Izzah "hangin satu badan" pada Azmin? Alahhh..."Lelaki Y" tu lahhh...
Budaya politik ganas yang dibawa oleh puak-puak PKR tidak pernah diamalkan di Sarawak. Pilihanraya-pilihanraya sebelum ini tidak pernah menyaksikan keganasan berlaku di musim berkempen. Calon-calon dan penyokong-penyokong parti saling hormat menghormati. Segalanya lancar dan aman di sepanjang musim berkempen.
Malangnya, datang saja PKR ke Sarawak, terus dibawanya budaya buruk tersebut ke Bumi Kenyalang ini. Hairannya, ada pula rakyat di Sarawak yang menyokong PKR. Tidakkah mereka sedar bahawa PKR hanya akan membawa kehancuran negeri Sarawak?
Lihat saja di Semenanjung sana, sering huru-hara dikerjakan PKR. Datang PKR ke Sarawak, parti itu terus bergaduh dengan SNAP kerana tamakkan kerusi DUN. Padahal, dia yang datang tempat orang! Buruk benar perangainya. Itu pun orang Sarawak sokong, kah?
Penulis harap, orang Sarawak tidak terpengaruh sikap buruk dan "paloi" PKR itu. Kita tidak pernah mempunyai sikap sedemikian. Kita terkenal dengan hidup aman dan damai dengan kepelbagaian kaum dan etnik. Malah hubungan baik dengan masyarakat Cina bukan bumiputera pun erat sebelum kemasukan PKR di sini.
DAP Sarawak pun dahulunya baik-baik saja. "Sidaknya sik pernah polah hal yang bukan-bukan". Namun, setelah DAP Pusat bersatu dengan PKR, DAP Sarawak berubah pula sikapnya. Dulu baik-baik saja, tapi sekarang jahat nak mampos! Hasutan menjadi bahan "kelaka" mereka saja!
Apapun, kita tunggu hari mengundi kelak. Kita keluar ramai-ramai mengundi BN! Tunjukkan pada orang Semenanjung bahawa "orang Sarawak sik suka PKR sampei bila-bila". Tunjukkan pada PKR bahawa kita bukan orang "paloi" seperti mereka! Ngap Sayot!!!
Oleh: Biak Kacak!
No comments:
Post a Comment