Sunday, 10 April 2011

Kenapa pembangkang marah Najib kerap ke Sarawak?


Pihak pembangkang Sarawak yang ketandusan isu untuk menyerang BN kali ini ternyata tertekan apabila mencipta isu bodoh menyerang peribadi pemimpin BN, terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang Sarawak baru-baru ini menuduh bahawa kekerapan Najib ke Sarawak sepanjang kempen pilihan raya negeri itu kerana BN tidak yakin boleh menang pada pilihan raya negeri kali ini.

Tuduhan bodoh dan tidak sedar diri oleh pembangkang terhadap PM itu jelas tidak berasas. Najib berhak berada di mana saja yang dirasakan perlu. Contohnya, PM perlu kerap berada di Sarawak kerana beliau perlu meninjau persediaan BN Sarawak dan pilihanraya yang bakal berlangsung.

Beliau ke Sarawak untuk mengunjungi rakyat Sarawak, salahkah? Sekurang-kurangnya, Najib lebih bertanggungjawab berbanding Anwar. Najib sanggup meluangkan masanya di Sarawak demi memastikan rakyat dekat dan mesra dengan kepimpinannya. Dia selalu memastikan bahawa rakyat sentiasa didahulukan.

Namun, Anwar yang kerap mengunjungi pemimpin-pemimpin Yahudi itu tidak pula dipersoalkan oleh puak-puak pembangkang ini. Anwar kerap berjumpa pemimpin Yahudi di dala siri "Tour Minta Maaf"nya. Dia kerap berada di luar negara berjumpa dengan sahabat baiknya, penyangak mata wang, Soros!

Jika dibandingkan Anwar dengan Najib, bagai langit dengan bumi. Malah Anwar tidak layak untuk dibandingkan dengan PM kita. Dia hanya layak untuk dibandingkan dengan Bill Clinton yang ter"kantoi" dengan Monica Lewinski! Malah dia lebih teruk dari Clinton kerana dikatakan mempunyai ramai teman seks lelaki dan perempuan, malah disahkan meliwat oleh mahkamah! Manusia jenis apakah ini?

Najib tak datang Sarawak salah, Najib tak datang ke Sarawak pun salah? PM jarang datang ke Sarawak dikatakan salah, kerap datang Sarawak pun salah juga? Itulah lidah pembangkang penuh dengan hasad dengki, khianat, politik kebencian dan tidak pernah matang! Jelas pembangkang kini bodoh dan dungu, tapi berlagak pandai!

Kunjungan Najib ke Sarawak ternyata mendapat pujian rakyat setempat. Mereka melahirkan rasa teruja mereka dengan kunjungan PM ke Bumi Kenyalang tanpa rasa prejudis. Begitulah ikhlas, mesra dan gembiranya rakyat bersama PMnya.

Mungkin pembangkang cemburu kerana "PM 16 September" mereka hanya mem"bulak" mereka, sehingga kini sudah bekali-kali 16 September berulang, Anwar masih belum jadi PM! Sedarkah penyokong yang nak beri undi pada pembangkang bahawa ANWAR ITU PENIPUS BESAR..?!!!

Oleh: Biak Kacak!

1 comment:

  1. depa yang kecut perut sebenaqnyer....dok penat2 tabur fitnah....tabur tu...tabur ni...cover tu...cover ni...tetiba PM n TPM plak selalu mai...da sah2 lah segala tipu helah tak menjadi....nak cakap banyak pun tak boleh sebab da takde apa nak cakap...kang kalau lebih2 cakap nanti....rakyat kat Sarawak mintak 'direct penjelasan'....da kantoi...

    apa2 pun wish that BN akan menang....dan yang memikul segala tanggungjawab tu....bertanggungjawab lah sentiasa....untuk negara tercinta....

    ReplyDelete