Dikhabarkan, Nik Aziz Nik Mat dan Anwar telah berduet mendendangkan lagu bohong mereka semalam di Kuching. Malah turut diceritakan bahawa "angpow" begitu banyak ditaburkan kepada para hadirin pada siri terbesar penyebaran fitnah.
Mungkin ada segelintir rakyat Sarawak yang suka pada cerita fitnah Anwar dan Nik Aziz. Mungkin ada yang suka mendengar cerita dongeng temberang Anwar. Maklumlah, Anwar jarang ke Sarawak. Bila musim pilihanraya baru dia tunjuk muka pembohongnya di Bumi Kenyalang.
Agak menyedihkan apabila ada juga segelintir rakyat Sarawak yang kurang bijak untuk dipengaruhi pembohongan Anwar dan rakan-rakannya. Cerita temberangnya memang hebat di dengar. Ramai yang terpesona mendengar cerita tidak masuk akalnya.
Anwar sering menaburkan keburukan orang BN, namun dia tidak pernah menceritakan tentang kebusukan dan kejijikan yang ada pada dirinya. Jika dia sentuh sekali pun tentang kisah "gelap" yang dikaitkan dengannya, tentu sekali dia melencong menafikan. Iyalah, takkanlah Anwar nak mengaku kejijikannya?
Hati-hati dengan Anwar. Mulutnya manis, lagak gayanya bagai dialah "dewa". Padahal disebalik mulut manisnya, tersembunyi racun berbisa. Disebalik gaya langkahnya, tersembunyi "kehidupan gelap"nya yang tidak bermoral dan menjelekkan.
Bagus benar bunyi tutur katanya semalam. Kononnya, dia pembela rakyat. Kononnya dia mahu berikan RM600 sebulan pada semua rakyat Sarawak. Begitulah yang dijanjikan Pakatan Haram Pembangkang itu di Selangor dahulu.
Sehingga sekarang, satu sen pun tidak diterima oleh rakyat Selangor. Malah mereka teruk ditindas dan habis wang Kerajaan Negeri Selangor dikebas! Kos selenggara kereta kerajaan negeri Selangor mencecah RM6 juta setahun! Selenggara kereta apa begitu banyak kosnya? PKR dan DAP Selangor selenggara kapal terbang, kah?
Yayasan Selangor yang dulu mempunyai tabungan dana yang banyak ketika pemerintahan BN, habis di"rompak" PKR, DAP dan PAS Selangor. Bayangkan, dari dana yang terkumpul RM puluhan juta, Yayasan Selangor mengalami defisit lebih dari RM7 juta! Wang dan hak rakyat Selangor lesap ditangan PKR, DAP dan PAS.
Anwar pula bertindak sebagai "penasihat ekonomi" Selangor. Meskipun dia mendakwa hanya diberi gaji RM1 saja sebulan, difahamkan berjuta-juta RM telah dimanipulasikan oleh Anwar keluar dari akaun negeri dan masuk ke "poket"nya. Habis di"rompak". Malah, wang zakat orang Islam di Selangor pun cuba dirompak mereka!
Jika Sarawak ingin melihat negeri ini punah rosak dan jahanam dikerjakan Anwar, Baru Bian, Nik Aziz, Guan Eng dan Kit Siang, cubalah beri undi pada mereka. Dan selepas itu jangan menyesal sekiranya si penipu pembohong ini menjual Sarawak kelak!
Belajarlah dari kesilapan orang di Semenanjung. Tak rugi untuk berkongsi pengalaman dengan mereka. Mereka pernah tersilap dan menyesal. Pulau Pinang hampir habis dijual Guan Eng. Selangor pula rugi jutaan ringgit! Sarawak pula pastinya hancur jika jatuh ke tangan penipu pembohong ini!
No comments:
Post a Comment