Saturday 2 April 2011

Pakatan Rakyat Sarawak suka putar belit fakta

Pembangkang cuba memburukkan kerajaan dengan menimbulkan pelbagai tuduhan dan kritikan. Tuduhan yang paling popular setakat ini adalah berkaitan pembangunan tanah hak adat bumiputera (NCR) dimana pembangkang cuba membuat onar dengan menuduh kerajaan rampas daripada masyarakat peribumi.

Perlu diperjelaskan disini, memang tidak dinafikan kerajaan memerlukan sebahagian daripada tanah itu tetapi ia bukanlah digunakan untuk kepentingan peribadi sebaliknya untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan.

Selepas jalan dibina, nilai tanah akan naik, malah tanah NCR juga naik seperti roket. Dalam kata lain, penduduk di sepanjang jalan itu akan mendapat manfaat. Sebelum ini, nilai seekar tanah NCR antara RM100 hingga RM200 sahaja kerana ia tiada pembangunan, namun jumlah ini akan naik sebaik sahaja ada pembangunan.

Terbukti memang pembangkang sengaja memutarbelitkan fakta.

Amnya, pihak pembangkang bercakap main redah, tanpa mengira sama ada ia relevan atau sebaliknya kepada rakyat, negeri atau negara.

Yang jelas, mereka buat acuh tak acuh terhadap peranan sebenar mereka sebagai wakil rakyat. Bahkan mereka tergamak menuduh sejumlah besar wang kerajaan tidak dikira kerana telah disalahgunakan. Jika ratusan juta wang kerajaan telah disalahguna, sudah pasti tiada projek pembangunan dapat dilaksanakan, hatta sebatang jalan raya pun tidak menjadi kenyataan.

Sehubungan itu, rakyat Sarawak perlu sedar bahawa Barisan Nasional adalah sebuah parti terbaik untuk mentadbir negeri itu. Terdapat beberapa kepentingan yang perlu diambilkira oleh BN menjelang pilihanraya nanti.

Pertama, pemimpin perlu berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa negeri perlu dikendalikan oleh pemimpin yang bijak dan berkeupayaan. Kedua, harus ada bijaksana dan mempunyai pandangan masa depan yang jelas dan jitu. Ketiga, perlu memastikan rakyat hendaklah hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Sebagai negeri membangun, pemimpin BN mesti bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan pembangunan di Sarawak. Rakyat sudah tentu mahukan pemimpin beraspirasi tinggi bagi merancakkan pembangunan di negeri ini amnya, dan negara keseluruhan. Jika tidak, ia akan kembali kepada kemiskinan, mundur dan tidak stabil.

Sarawak kini menjadi lambang kepada perpaduan dan bersatu-padu rakyat terdiri daripada kaum Cina, Melayu, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Justeru mereka harus kekal bersatu dan menyokong kerjaan ke arah mencapai wawasan 2020.

No comments:

Post a Comment