Pihak pembangkang sering menyalak mengenai "pengundi hantu" atau "phantom voters" pada setiap pilihanraya, kecuali jika mereka menang di DUN atau Parlimen tersebut. Itu sudah perangai pembangkang, tidak terkecuali di Sarawak ini.
Esok adalah hari mengundi bagi seluruh rakyat Sarawak yang layak mengundi. Penulis ingin mencadangkan agar pihak pembangkang menyediakan seorang ustaz, bomoh, pawang atau siapa saja yang boleh mengesan "pengundi hantu" untuk berjaga di setiap pusat mengundi esok.
Ini adalah untuk mengelak sebarang dakwaan kewujudan "pengundi hantu" sebagaimana yang selalu didakwa oleh pembangkang sebelum ini. SPR pun sudah bosan dengan dakwaan murahan tidak berasas dari pembangkang ini.
Sehingga kini, belum ada satu pun bukti kukuh yang dikemukakan oleh pihak pembangkang mengenai kewujudan "pengundi hantu" pada setiap pilihanraya. Namun, selepas pilihanraya tamat dan mereka kalah, maka menyalak menjeritlah pembangkang mendakwa BN menggunakan "pengundi hantu" untuk menang dan SPR telah di"beli" BN.
Sedangkan, semua tuduhan itu tanpa bukti, pembohongan dan tidak berasas sama sekali! Itu semua fitnah pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap BN yang menang bertanding dan SPR yang jujur menjalankan tugas. Itu taktik purba pembangkang zaman berzaman!
Apa makna "pengundi hantu"? Ungkapan itu bermaksud individu yang menggunakan IC orang lain, sama ada masih hidup atau telah mati, untuk mengundi bagi pihak pemilik IC tersebut. Malangnya, tidak ada satu pun bukti yang dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.
SPR dari dulu selalu mencabar pembangkang untuk mengemukakan bukti kukuh mengenai "pengundi hantu" ketika pilihanraya berlangsung. Namun mereka gagal buktikan. Tangkaplah satu kes, gerenti SPR akan "bungkus". Apa lagi cubalah tangkap satu kes!
Sebenarnya, pembangkanglah "hantu". Merekalah "hantu" yang mendajalkan Kerajaan dan SPR selama ini. Menuduh tanpa bukti, samalah seperti menabur fitnah. Kesalahannya menurut Islam lebih teruk dari membunuh!
Harap kali pembangkang cari modal lain untuk menutup kekalahan mereka..!!! BN akan menang majoriti 2/3, kita tunggu saja apa alasan pembangkang kali ini...
memang ada pun...spr malas nakl ayan jer..
ReplyDeletemohon wujudkan link bloglist. Blog mantap, artikel menarik.. teruskan menulis :)
ReplyDelete