Malam tadi, Ummi Hafilda "telanjang"kan Anwar, Azmin dan Shamsidar habis-habisan pada satu majlis ceramah di N.49 DUN Nangka, Sibu. Sekitar 300 orang penduduk Kampung Bandung dan masyarakat setempat membanjiri medan selera di kawasan tersebut.
Ummi antaranya memberitahu pada penduduk di situ bahawa dia telah mengumpul bukti-bukti kukuh dan turut mencuri beberapa dokumen "original" yang mengaitkan penyelewengan Anwar dan "rompakan-rompakan" besar yang dilakukan oleh Anwar, Azmin dan Shamsidar.
Antara yang didedahkan Ummi ialah pemberian berjuta-juta saham kepada Azmin dan Shamsidar ketika Anwar menjawat Timbalan Perdana Menteri dulu.
Menurut Ummi lagi, Anwar turut melantik Shamsidar sebagai Executive Director di salah sebuah bank yang bergaji RM30,000, sebuah kereta berserta pemandu sekali, tanpa perlu datang ke pejabat!
Maknanya tak payah buat kerja lah tu. Tak buat kerja pun dapat RM30,000 sebulan? "Sayang" betul Anwar pada Shamsidar, isteri Azmin! Ada "apa-apa" ke ni?
Ummi berkata, Shamsidar dilantik bekerja di bank rakan baiknya yang bernama "Mr. Tong". Kiranya, Anwarlah yang suruh "Mr. Tong" tu ambil Shamsidar bekerja di bank tersebut. Entah berapa juta yang diberi pada "Mr. Tong"? Tentu projek juta-juta turut diberikan pada rakan karibnya itu sebagai "token".
Memang betul-betul dajal si Anwar ini. Baru jadi Timbalan Perdana Menteri dah berjuta-juta di"kebas"nya. Belum lagi jadi Perdana Menteri. Kalau jadi Perdana Menteri, tentu berbilion-bilion di"rompak"nya.
Macam itu pun DAP dan PAS nak angkat jadi Perdana Menteri? Pakatan pembangkang asyik bercakap pasal rasuah dan penyelewengan. Tapi mereka menyokong "bapa rasuah" dan "bapa penyelewengan" untuk jadi PM? Ternyata PAS dan DAP memang bodoh!
No comments:
Post a Comment