Tuesday, 5 April 2011

Azmin patut malu pada SNAP!!!


Oleh: Biak Kacak!

Daripada mengakui kekurangan, kelemahan dan kesilapan diri sendiri, Azmin Ali, yang ditugaskan oleh Anwar Ibrahim untuk menyatukan pembangkang Sarawak lebih memilih untuk meletakkan kegagalan misinya itu kepada parti SNAP, yang merupakan parti pembangkang tempatan terbesar Sarawak.

Azmin Ali enggan mengakui kegagalannya menyatukan pembangkang-pembangkang di Sarawak, sebagaimana pakatan "haram' yang terbentuk di Semenanjung. Lalu Azmin memberi alasan bahawa "SNAP enggan bertolak ansur" untuk membentuk pakatan "haram" di Sarawak.

Nampaknya, bukan saja Azmin gagal memujuk SNAP, malah kini Azmin bertindak lebih aggresif dan mengambil keputusan untuk bergaduh dengan parti tempatan Sarawak itu. Tidak bekerjasama bukanlah bererti bermusuh, namun kerana mulut dan hati Azmin, pihak pembangkang di Sarawak semakin parah bergaduh sesama sendiri.

Siapakah yang salah dalam hal ini? Azmin tuduh SNAP. SNAP pula menuduh PKR, DAP dan PAS berlaku tamak pada pembahagian kerusi DUN yang bakal ditandingi pembangkang.

Pada pandangan penulis, SNAP merupakan sebuah parti pembangkang tempatan yang harus dihormati oleh PKR, DAP dan PAS. SNAP parti tempatan Sarawak yang diasaskan di Bumi Kenyalang dan mereka lebih arif tentang budaya, suasana, sosio-politik, dan lebih lama mendekati rakyat berbanding PKR yang cuba menjadi "juara" pembangkang.

PKR, DAP dan PAS harus akur bahawa mereka adalah "orang luar", terutamanya PKR dan PAS yang baru cuba bertapak di Sarawak. SNAP pula lebih merupakan "tuan rumah", meskipun mereka dipihak pembangkang.

Kehadiran PKR, DAP dan PAS selama ini dilihat lebih berbentuk penjajah politik yang hadir dari Semenanjung dan cuba memonopoli kuasa politik di Sarawak. Sikap parti-parti pembangkang "luar" ini yang tidak menghormati hak dan kepentingan "tuan rumah" pastinya mengundang ketidak puasan hati rakyat tempatan.

Namun, biarlah. Azmin telah berjaya membantu memberikan kemenangan kepada pihak Barisan Nasional. Sikap Azmin yang bongkak, angkuh, dan berlagak macam "James Brooke" menjelekkan mata parti SNAP, apatah lagi rakyat Sarawak yang sememangnya sukar menerima parti dari Semenanjung.

Apatah lagi beberapa keputusan pucuk pimpinan DAP dan PKR yang tidak dipersetujui oleh akar umbi pembangkang tersebut, tentunya menjanjikan kerosakan undi dan protes. Terbaru, ahli DAP berdemo di ibupejabat DAP Sarawak dan Dominique Ng, penyandang kerusi DUN Padungan bertindak keluar parti setelah dipinggirkan PKR.

Perkara-perkara dan pemilihan calon PKR dan DAP oleh pucuk pimpinan parti masing-masing menyebabkan akar umbi parti itu tidak berpuas hati kerana tidak memilih calon berdasarkan pilihan akar umbi tempatan. Fahamkah pucuk pimpinan DAP dan PKR dari Semenanjung dengan kemahuan akar umbi?

Nampaknya, DAP dan PKR bakal menghadapi masalah dalaman kali ini. Pencalonan tanpa restu akar umbi seolah-olah mengulangi kesilapa BN pada PRU12 yang lalu apabila "budak tingkat 4" memilih calon mengikut selera sendiri tanpa mengambil kira calon pilihan akar umbi.

Pada penulis, Azmin patut dipersalahkan oleh pembangkang di Sarawak kerana keangkuhan "anak emas" Anwar itu. Dia patut di"hukum" dan perlu dipaksa untuk mengakui kesilapannya. Dia patut menyalahkan dirinya berbanding menuding jari pada pihak lain!

No comments:

Post a Comment