Friday, 15 April 2011

Parti Sarawak untuk Orang Sarawak..!!! Tolak parti luar...!!!


Esok merupakan hari mengundi bagi Pilihanraya DUN Sarawak kali ke-10. Sudah sekian lama negeri Sarawak diperintah oleh rakyat Sarawak sendiri. Tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak luar, meskipun dari Kerajaan BN Pusat di Semenanjung

Persoalannya, mahukah rakyat Sarawak melihat negeri Bumi Kenyalang ini diperintah oleh parti luar dari Semenanjung? Atau rakyat Sarawak mahu terus diperintah oleh rakyat tempatan yang asal usulnya dari Bumi Rentap ini?

Tidak pernah dalam sejarah politik negeri Sarawak melihat parti-parti dari Semenanjung seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya masuk ke negeri ini untuk mencampuri urusan negeri ini.

Yang ada di sini ialah gabungan parti-parti tempatan yang membentuk Barisan Nasional Sarawak yang bergabung dengan Kerajaan BN Pusat. Namun, BN Pusat tidak pernah campur tangan Ketua Menteri dan Menteri-Menteri di Sarawak membuat dasar kerajaan sendiri.

Ini adalah kerana Kerajaan BN sangat menghormati kuasa autonomi yang dimiliki penuh oleh negeri Sarawak sebagaimana perjanjian yang termetri ketika penggabungan negeri Sarawak dan Sabah yang membentuk Malaysia. Inilah yang cuba dicabul oleh pakatan pembangkang di Sarawak.

Kini, kita melihat kemasukan parti-parti pembangkang dari Semenanjung ke Sarawak untuk men"jual" temberang, pembohongan dan menghuru-harakan kestabilan politik Sarawak. Mereka datang ke sini membuat kacau dan mencetus kekecohan di kalangan rakyat Sarawak yang sebelum ini sangat bersatu dan saling hormat menghormati.

PKR, PAS dan DAP sering membuat kacau di sana sini, mencetus ketengangan kaum dengan mengamalkan budaya politik racist perkauman sebagaimana yang dilakukan oleh Violet Yong.

Selain itu, pembangkang bermain sentimen agama yang sangat sensitif seperti isu kitab suci Kristian yang mampu merosakkan keharmonian agama di Sarawak. Mereka mencetuskan budaya politik kebencian rakyat terhadap BN dengan pembohongan yang tidak berasas.

Mereka memburuk-burukkan Kerajaan BN di mana saja mereka berada. Misalnya, Anwar Ibrahim sering mengelilingi dunia bagi memburuk-burukkan negara ini dikalangan sahabat Yahudinya di luar sana. Jika di luar negara pun Anwar berbuat demikian, apatah lagi di dalam negara, tentunya lebih hebat dia membuat fitnah busuk itu.

Penulis melihat kemasukan PKR, PAS dan DAP ke Sarawak tidak lebih untuk merosakkan negeri ini dari perpaduan, keharmonian dan kestabilan politik. Jika mereka ini dibiarkan terus bermaharajalela di sini, nescaya negeri Sarawak bakal musnah dan kucar-kacir dibuatnya.

Seharusnya esok, rakyat Sarawak menolak parti-parti dari Semenanjung ini dan memilih parti tempatan terus memerintah negeri Bumi Kenyalang ini. Rakyat Sarawak perlu menolak ancaman luar parti Semenanjung ini sepenuhnya bagi menjamin keamanan, kemajuan dan pembangunan yang direncanakan oleh parti tempatan Sarawak sendiri.

Hanya parti tempatan Sarawak saja yang layak mentadbir negeri Sarawak ini dan bukan parti yang di"import" dari Semenanjung! Bangunlah rakyat Sarawak! Tolak bajingan-bajingan jijik yang cuba merosakkan Bumi Kenyalang ini. "Ngap Sayot"kan mereka!

1 comment:

  1. Jgn salahkan pembangkang sarawak..salahkan semua menteri yg memegang sarawak..mereka bacul takut pengecut dan pukimak...semua kerana membenarkan semua hasil bumi pergi ke semenanjung...apa yg di buat oleh org semenanjung terhadap rakyat sarawak dan semua hasil bumi sarawak mereka fiam saja..mereka semua patut mati tanpa nisan...kerana kesialan mereka memerintah negeri sarawak...!

    ReplyDelete