Wednesday, 6 April 2011

PAS ketandusan calon di N15 Muara Tuang!


Tidak siapa menyangka, seorang penjual kuih yang berasal dari Kelantan, Noraini Hamzah, dari Dewan Muslimat PAS mampu menewaskan individu-individu pembangkang lain untuk dinobatkan sebagai calon pembangkang untuk bertanding di N15 Muara Tuang, bagi Pilihanraya DUN Sarawak kali ini.

Noraini adalah anak Kelantan yang mengikut suaminya yang merupakan bekas askar yang kini bertugas sebagai pemandu di UNIMAS, dikhabarkan sudah lebih 30 tahun menetap di Muara Tuang.

Mungkin di Muara Tuang sudah tidak punya anak jati Sarawak yang mampu untuk menewaskan calon Barisan Nasional, Ali Mahmud, adik kepada Pehin Seri Abdul Taib Mahmud. Mungkin kerana ketandusan calon tempatan, maka "makcik" Noraini ini telah dipilih untuk mengetuai penduduk Muara Tuang untuk memajukan kawasan tersebut.

Mampukah Noraini memastikan DUN Muara Tuang meningkat maju sebagaimana yang telah dilakukan oleh wakil rakyat dari BN yang diwakili dari PBB sebelum ini? Dan mampukah seorang yang berkelulusan "tinggi" seperti Noraini ini, memacu kemajuan sosio-ekonomi yang lebih baik berbanding BN?

Kita usah bicara tentang kemajuan dan tanggungjawab yang bakal digalas oleh bakal ADUN Muara Tuang dahulu. Sewajarnya kita tanya pada rakyat dan pengundi Muara Tuang, mampukah Noraini memecah rekod PAS untuk menjadi calon pertama PAS yang menang di DUN Sarawak.

Mampukah isteri kepada pemandu ini tanggung segala tanggungjawab yang bakal dipikul oleh seorang wakil rakyat? Setahu penulis, PAS terlebih dahulu masuk bertanding di Sarawak berbanding PKR. Namun, PAS sehingga sekarang masih gagal untuk menang di mana-mana kerusi yang ditandingnya, dan PKR mampu juga mendapat satu kerusi, itupun di atas "ehsan" DAP.

Hakikatnya, PAS tahu bahawa "Kak Aini" akan kalah. PAS tahu bahawa calonnya itu mungkin akan kehilangan deposit di Muara Tuang. Sengaja PAS letakkan Noraini di situ untuk dimalukan sebagaimana Cikgu Mala dimalukan di DUN Tenang.

Kita lihat dan tunggu saja perjalanan kempen dan keputusan pilihanraya N15 DUN Muara Tuang. Jika dahulu BN menang bergaya dengan lebih 6,000 undi majoriti, mampukah BN Muara Tenang meningkatkan jumlah majoriti undi atau hanya sekadar mampu mempertahankan jumlah lama itu saja? Sama-samalah kita nantikan.

12 comments:

  1. Entah la..PAS ni memang suka mengaibkan orang.PAS pilih orang semenanjung yang "highly qualified'.Katakan lah..PAS menang!!(Noraini cant event deliver her duty)..Sah,sebagai orang semenanjung ,kita semua akan malu..bukan setakat Noraini sahaja..
    Katakan noraini kalah (Which she will)..masaq berkempen..org swak akan tersenyum tersengih mengutuk org 'malaya' (panggilan org swak kpd org semenanjung)..PAS mana ada pikir sampai ketahap 'kita orang semenanjung di malukan'.Yang penting..bertanding.

    ReplyDelete
  2. belom bertanding dah bg komen yg mcm2..biar malu pada manusia.jgn malu pada allah.akedimik dia mungkin lemah.tp ilmu agama islam dia hebat.mungkin lebih dari sy.pas tidak memalukan jemaah sendiri.pemilihan calon di buat secara SYURA,solat hajat,solat tahajud.smoga adanya puan noraini ni,rakyat serawak berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. Ini negara demokrasi sapa2 pun boleh masuk bertanding tak kira penjual kueh, tukang sapu, cikgu, dr jurutera asalkan ada penyokong.

    ReplyDelete
  4. cant she deliver her duty... if she will.. Alhamdulillah... if she won't... Menjawabla di akhirat... menjadi pemimpin bukan sekadar berceramah... well tepuk dada tanya iman....

    ReplyDelete
  5. Ini politik la..Politik ada seni dan ada strategy..Pandai ka minah ni berstrategy kalau tak ada ILMU?Politik ilmu dunia..sebab itu ada subject political science...bukan politik main hentam saja...main taram saja..syok sendiri saja..
    sekarang ni politik perlukan ILMU dan seninya berubah2 mengikut keadaan..Kalau syok sendiri..hancur semua..boss2 kat ats tu mungkin padai tapi tak cerdik..

    ReplyDelete
  6. orang gila pun boleh jadi calon pas.....ustaz yang bunuh budak tu ustaz pas lah sawan babi peringkat gila boleh jadi guru sekolah pas...

    ReplyDelete
  7. Takkan la org sarawak bodo sgt nak pilih calon org semenanjung...dah ketandusan calon ke PAS ooooiiii? Ilmu agama mmg la penting tapi kalau nak jd ahli politik kena la ade ilmunya...sengal tul!

    ReplyDelete
  8. alah, nik aziz pun byk ilmu agama... tak maju2 pun kelantan tu... habis2 salahkan kerajaan pusat... dekat nak pilihanraya galas tu barulah terkial2 buat jalan raya... hasil balak banyak tp, habuan untuk rakyat pun tak nampak...

    sbb tulah penduduk dia terdesak sgt sampai TERPAKSA berhijrah ke sabah dan sarawak...

    ReplyDelete
  9. memanglah ni negara demokrasi, sbb tulah ada seseorang yg berprofil tinggi boleh pergi ceramah merata-rata walaupun masih dalam perbicaraan... ni mmg negara demokrasi, sbb tulah boleh tangguh perbicaraan sampai 50 kali... ni mmg negara demokrasi, sbb tu kalau pembangkang bising pasal pengharaman kitab bible dlm bhs melayu, kerajaan kita pun tunduk pada keadaan...

    haih, kalau penjual kuih pun boleh diangkat jadi calon, aku nak pujuk lah makcik cuci jamban kat tandas awam tu jadi calon... boleh naikkan martabat beliau...

    ni kan negara demokrasi...

    ReplyDelete
  10. Apalah maknanya kemajuan jika hanya pada harta benda tetapi miskin iman, inilah tg terjadi di sarawak...ketuanya kaya raya tahap 'billionaire' tetapi rakyatnya hidup melarat, hidup segan mati tak mahu

    ReplyDelete
  11. doogle,
    Ni la bila islam dipergunakan untuk politik kotor dan jijik.

    ReplyDelete
  12. Pada semua user yang comment artikel ini, i wish all of you were there in n15 Muara Tuang dari penamaan calon sehingga ke polling day!!!! Saya join kempen dari kampung ke kampung, kawasan perumahan, mcm2 lagi. But there will always be PRU....kota samarahan!!!!

    ReplyDelete