Friday 8 April 2011

PAS janjikan "air bersih" di Sadong Jaya? Tengok contoh di Kelantan sudah laaahhh...!!!


Semenjak PAS "bersetubuh" dengan PKR dan DAP, parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini semakin terikut-ikut dengan sifat jijik kedua parti tersebut. PAS kini semakin hebat menipu dan mahir mempermainkan minda rakyat. Sekarang, PAS melebarkan jalur pembohongannya ke Sarawak pula!

PAS Kawasan Sadong Jaya misalnya telah berjanji kepada seluruh pengundi di situ bahawa sekiranya mereka berjaya menjajah kawasan tersebut, maka mereka semua akan menikmati air bersih! Itu janji PAS Kawasan Sadong Jaya kepada rakyat DUN tersebut.

Persoalannya, mampukah PAS Kawasan Sadong Jaya yang diwakili oleh Abang Eddy Allyanni melaksanakan janji PAS tersebut? Apakah selama ini penduduk DUN Sadong Jaya tidak menikmati air bersih? Dan setakat itu sajakah yang mampu dilakukan oleh PAS sekiranya berjaya menawan DUN Sadong Jaya?

Siapa Eddy untuk menentukan penduduk Sadong Jaya akan menerima air bersih? Apakah dia bertanggungjawab menguruskan Lembaga Air Kuching (LAKU)??? Apakah dia fikir seorang ADUN mampu mengarah LAKU untuk membekal air mengikut piawaian yang ditentukannya sendiri? Apakah di fikir sekiranya dia menjadi ADUN Sadong Jaya maka dia akan dilantik menjadi Pengarah LAKU? Sila cermin diri sendiri dahulu...

Sebenarnya, LAKU selama ini begitu komited mengenai pembekalan air bersih ke seluruh kawasan di Kuching, termasuklah DUN Sadong Jaya. Air bersih yang dibekalkan oleh LAKU mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan selamat untuk kegunaan rakyat. Jadi, sememangnya air bersih sudah dibekalkan oleh LAKU.

Air bersih yang bagaimana lagi yang Eddy mahu? Dia mahu air bertapis yang ditapis oleh penapis air COWAY, kah? Jika begitu, Eddy perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memasang penapis itu di setiap rumah dan premis di DUN Sadong Jaya. Harganya mencecah lebih RM2,000 seunit. Mampukah Eddy?

Penulis ingin menyarankan pada Eddy untuk melawat Kelantan yang ditadbir PAS selama lebih 20 tahun. Pergilah tengok di sana betapa deritanya rakyat Kelantan yang menikmati air "keruh" yang sifatnya bagai "air sungai Klang". Keruh dan kotor!

Bukan saja Kerajaan Kelantan gagal membekalkan air bersih untuk rakyat, malah masih banyak lagi rakyat di Kelantan yang tidak mendapat bekalan air paip! Masih banyak lagi yang menggunakan air telaga dan sungai untuk kegunaan harian. Jadi, mampukah Eddy mengotakan janjinya itu?

Penulis sangat sangsi dengan kebolehan PAS untuk melaksanakan janjinya di Sadong Jaya. Setahu penulis, PAS hanya pandai berjanji dan menipu rakyat saja. Di Semenanjung, PAS begitu aktif menipu dan sering gagal menunaikan janji mereka.

Sebagai contoh, PAS gagal menutup kilang Carlsberg sebagaimana yang dijanjikan sebelum menang di Selangor. PAS juga gagal melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana mereka kekurangan ilmu ijtihad mengenai perkara tersebut. PAS juga menipu penyokongnya apabila membuang "hudud" dan "agenda penubuhan negara Islam" setelah bersekutu dengan DAP dan PKR.

Penyokong sendiri pun ditipunya, apatah lagi rakyat Sarawak yang agak kurang "familiar" dengan PAS, pasti ditipunya dengan senang hati! PAS fikir dia akan dihargai oleh DAP dan PKR. Namun, setelah terbentuknya negeri Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, PAS dilihat lebih mirip kepada "keldai tunggangan PKR dan DAP" apabila segala dasar PAS ditolak mentah-mentah oleh kedua parti tersebut.

Oleh: Biak Kacak!

3 comments:

  1. Pembetulan fakta: Bekalan air di kawasan Sadong Jaya adalah dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya(JKR) dan bukannya di bawah kuasa Lembaga Air Kuching atau Laku.Laku sebenarnya adalah Lembaga Air Kawasan Utara (agensi kerajan negeri)yang bertanggungjawab mengendalikan bekalan air di kawasan Bintulu,Miri dan Limbang.Harap maklum.

    ReplyDelete
  2. hahaha....fakta pun sik btol.....

    ReplyDelete
  3. bukn setakt fkta tak btul...aku biak srwak tggl kt klntn loni sng2 dpt air free air bersih lgi dri kjaan klntn..srwak air keruh / air cmpur tanah adalh...ckp ikut fkta lh bro

    ReplyDelete