Saturday 19 March 2011

Pembangkang Sarawak bulak...!!!


Nampaknya parti-parti pembangkang cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Sarawak. Corak penghinaan dengan memandang rendah daya pemikiran rakyat Sarawak ini patut digunakan sepenuhnya pada Pilihanraya DUN Sarawak kali ini dengan menghukum parti-parti pembangkang ini sekeras-kerasnya.
Penulis memohon agar pengundi jangan memberikan sebarang undi kepada mereka pada pilihanraya kali ini sebagai hukuman terhadap penghinaan ini. Pembangkang harus dihukum di Sarawak!


Pembangkang cuba bermain api apabila cuba menipu rakyat Sarawak, kononnya kadar premium tanah di Sarawak adalah amat tinggi. Padahal ini adalah satu pembohongan kepada rakyat dan fitnah jahat yang cuba meruntuhkan kestabilan politik negeri Bumi Kenyalang kita.
Untuk pengetahuan rakyat Sarawak, premium tanah di Sarawak masih antara yang terendah di Malaysia dan malahan pembaharuan pajakan tanah turut dilaksanakan secara automatik. Perkara ini disahkan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dan kajian turut dijalankan untuk mengesahkan kenyataan beliau ini.
Kajian itu meliputi kaedah pembaharuan pajakan tanah dan premium yang dikenakan di Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor. Di antara fakta yang diperolehi melalui kajian tersebut menunjukkan bahawa:
        Di Shah Alam di Selangor, kadar pembaharuan pajakan 99 tahun ialah RM25,000, RM55,000 and RM71,000 masing-masing bagi rumah teres, kembar dua dansebuah. Ini  19, 14 dan sembilan kali ganda lebih tinggi daripada di Sarawak.

        Rumah kediaman di bawah pajakan 60 tahun di Sarawak dikenakan bayaran RM40,000 dan RM20,000 di bandar utama dan bandar sekunder manakala di pekan luar bandar dikenakan bayaran RM10,000. Bagi pajakan 99 tahun, kadarnya ialah RM52,000, RM26,000 dan RM13,000. Sebagai perbandingan, rumah kedai di bawah pajakan 99 tahun di George Town dan Sungai Nibong di Pulau Pinang, diklasifikasikan sebagai bandar utama, masing-masing dikenakan bayaran RM204,000 dan RM150,000.

        Di Selangor, pemilik rumah kedai dua tingkat perlu membayar RM150,000 bagi setiap unit di Seksyen 17, Shah Alam manakala pemilik di bandar utama di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu hanya membayar kadar RM52,000 bagi pajakan 99 tahun.          
Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa Pulau Pinang dan Selangor tidak mengamalkan pembaharuan pajakan tanah secara automatik sepertimana didakwa di dalam siri pembohongan kempen pembangkang di Sarawak.
Mengenai Tanah Adat Pribumi yang sering diputar belitkan pembangkang pula, Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan dan mewartakan 27 lokasi meliputi kawasan seluas 21,286 hektar sebagai tanah komunal Bumiputera pada 2010 dan tanah itu melibatkan 10,880 penuntut tanah adat dari 16 kampung dan 68 rumah panjang daripada pelbagai kumpulan etnik di seluruh negeri.
Bagi 2011 pula, Kerajaan Negeri Sarawak telah merekodkan bahawa sebanyak 107 kawasan tanah adat berjumlah 377,370 hektar telah diluluskan untuk diukur dan diwartakan sebagai tanah komunal Bumiputera dan kira-kira 57,061 penuntut daripada pelbagai lapisan masyarakat akan mendapat faedah daripada program itu.
Segala fakta di atas telah jelas menunjukkan pembohongan dan penipuan pihak pembangkang yang cuba memperbodohkan rakyat Sarawak. Pembangkang fikir rakyat Sarawak “bodoh” seperti mereka? Ayuh rakyat Sarawak, kita berikan seratus peratus undi kepada BN sebagai tanda protes terhadap penghinaan ini!

2 comments:

  1. Who should be the next Sarawak CM?

    Have your voice HEARD! Click on the link below (or copy & paste URL) to vote.

    http://www.micropoll.com/a/mpview/1069566-405576

    ReplyDelete
  2. Salam

    Mohon Jasa baik masukkan blog saya di dalam blog list
    http://sarawak2011.blogspot.com/

    Khas untuk pilihanraya sarawak 2011

    terima kasih

    ReplyDelete