Saturday, 19 March 2011

Taib Mahmud saman Malaysiakini..!!!



Habislah Malaysiakini! “Tukang fitnah” bagi pihak DAP itu bakal berdepan dengan tindakan saman dari Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, kerana memfitnah beliau. Sebagai “pendahuluan”, mahkamah telah memerintahkan supaya laman web tersebut membayar RM10,000 kepada Taib Mahmud.

Baru-baru ini, mahkamah telah memerintahkan supaya laman web pro-pembangkang, Malaysiakini agar membayar sejumlah RM10,000 kepada Pehin Seri Abdul Taib Mahumud, setelah permohonan laman web tersebut untuk mambatalkan saman fitnah oleh Ketua Menteri itu ditolak.


Sebelum ini, Malaysiakini telah menyiarkan 12 siri artikel dari 6 April hingga 3 Mei, 2007 yang beliau dakwa mengandungi perkataan memfitnah terhadap Taib Mahmud, dan Ketua Menteri tersebut telah bertindak menyaman laman web tersebut.

Dalam kenyataan dakwaan, Abdul Taib menamakan Mkini Dotcom dan ketua pengarang Malaysiakini Gan Diong Keng, juga dikenali sebagai Steven Gan, sebagai defendan.

Menurut akhbar, Taib Mahmud berkata, perkataan memfitnah dalam artikel itu bagi makna biasa difahami antara lain bahawa beliau memiliki wang haram sebanyak RM32 juta hasil daripada aktiviti salah berkaitan perdagangan balak di Sarawak dan telah melakukan kesalahan jenayah dan boleh dikenakan pendakwaaan jenayah.

Sudah menjadi kebiasaan bagi laman-lama web pro-pembangkang menyiarkan propaganda yang bertujuan memanipulasi minda rakyat agar membenci pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Fitnah memfitnah adalah menjadi amalan kebiasaan mereka.

Namun, masih ramai lagi yang mempercayai laporan laman web pembohong itu dan menafikan kebenaran. Penulis hairan, mengapakah budaya “mempercayai fitnah, dan menafikan kebenaran” telah menjadi amalan kepada segelintir rakyat di negara ini.

Penulis faham bahawa tentunya rakyat suka kepada berita-berita kontroversi dalam apa jua bentuk. Namun, menjadikan fitnah, terutamanya yang datang dari mulut pembangkang dan media-medianya, adalah satu amalan yang tidak sihat untuk diamalkan.

Penulis ingin mencabar media-media pakatan pembangkang supaya menyiarkan artikel dan berita-berita mengenai skandal penyelewengan, moral yang tidak sihat dan keburukan yang ada pada pihak pakatan itu sendiri.


Menurut pemerhatian penulis, belum pun sepenggal mereka menjajah negeri Selangor, sudah terdapat pelbagai skandal penyelewengan yang kedengaran, malah Ketua pakatan itu sendiri sedang berdepan dengan krisis moral yang sangat memalukan.

Di antara yang perlu dibongkarkan sendiri oleh Malaysiakini dan rakan-rakannya ialah skandal kerja kontrak atau projek untuk seluruh Selangor yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat milik seorang wanita Cina yang berkait rapat dengan DAP.


Selain itu, Malaysiakini dan konco-konconya harus berfikiran rasional demi keadilan bagi kedua belah pihak, seharusnya mendesak agar Ketua pakatan itu menyerahkan DNAnya kepada pihak mahkamah untuk diuji tentang kebenaran sebenar berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Akhirnya, penulis menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya di Sarawak, agar tidak lagi mempercayai pembohongan dan fitnah yang disiarkan oleh media-media pembangkang. Mereka cuba memanipulasi minda kita dan cuba merosakkan keharmonian dan kestabilan politik negara yang akhirnya akan merugikan kita semua, dan menguntungkan kepentingan mereka sendiri.

Fikirkanlah demi masa depan negara dan semoga negara kita dilindungi dari anasir-anasir kurang sihat yang dipelopori pihak pakatan pembangkang tersebut.

No comments:

Post a Comment