Rakyat Sarawak perlu sedar, Anwar dan PKR sebenarnya hanya mahu membawa satu bentuk penjajahan baru di negeri Sarawak. Rakyat Sarawak juga perlu sedar, PKR bukannya parti yang berteraskan tempatan seperti PBB, SUPP, PRS dan juga SPDP. Malah PKR jauh berbeza ideologinya dari SNAP. Jadi, tiada sebarang sebab untuk rakyat Sarawak memberikan undi kepada mereka yang bukan asalnya dari negeri tersebut.
Pada Pilihanraya Negeri tahun 2006, PKR hanya bernasib baik apabila memenangi satu daripada 25 kerusi yang ditandingi oleh mereka. Sepatutnya ini sudah menyedarkan Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR semenanjung, bahawa rakyat Sarawak tak lagi rela "dijajah" oleh orang luar..
Kini apabila Pilihanraya Negeri sudah hampir tiba, PKR sekali lagi menunjukkan kerakusan serta sifat tamak mereka untuk membolot semua kerusi DUN di bumi kenyalang. Awal-awal lagi PKR melalui Timbalan Presidennya, Azmin Ali telah menuntut 52 dari 71 kerusi Dun Sarawak untuk ditandingi oleh PKR. Ini bukan sahaja membuktikan parti Anwar itu gilakan kuasa, malah PKR juga langsung tiada semangat setiakawan didalam politik.
Apakah wajar apabila PKR hanya memperuntukkan hanya 3 kerusi DUN kepada SNAP sedangkan parti tersebut lebih lama bergelumang didalam politik Sarawak? Sebenarnya, tindakan PKR ini adalah satu cubaan menghina rakyat Sarawak kerana SNAP adalah parti yang memang berasal dari Sarawak sendiri. Siapakah PKR tanpa SNAP jika parti pembangkang Sarawak itu tak memberi laluan kepada mereka pada tahun 2006?
Pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah langsung tak yakin dengan kemampuan wakil dari Sarawak untuk mentadbir negeri mereka sendiri. Lihat saja bagaimana Anwar membiarkan Azmin menghina pemimpin-pemimpin parti SNAP apabila menafikan kerusi DUN negeri untuk ditandingi. Ini saja sudah cukup untuk menunjukkan sikap penjajah yang ada didalam parti PKR.
Ada yang mengatakan, PKR sebenarnya tak percayakan wakil-wakil dari SNAP. PKR takut jika SNAP bertanding di banyak kerusi dan menang, wakil-wakil parti tersebut akan mudah dipancing oleh Barisan Nasional seperti kebanyakan wakil rakyat PKR di Semenanjung. Sebab itulah dikatakan, PKR mengambil langkah berhati-hati dengan menghadkan kerusi yang ditandingi oleh SNAP di Sarawak.
Walau apapun alasannya, ia tak sewajarnya membenarkan Anwar dan PKR menghina parti Sarawak tersebut. Sepatutnya SNAP tinggalkan saja Pakatan yang nampak sangat sombong dan ego dibawah kendalian Anwar serta Azmin. Keputusan pembahagian kerusi pun tak dapat diselesaikan dengan baik, bagaimana PKR mahu berkerjasama dengan parti dari Sarawak itu dimasa depan?
Di semenanjung, perangai berlagak sombong PKR ini sudah diketahui oleh semua rakyat. Semasa pembahagian kerusi pada Pilihanraya 2008, PKR tanpa segan silu menuntut banyak kerusi yang pada awalnya dimiliki oleh PAS. Tetapi akhirnya, kerusi-kerusi DUN tersebut dimiliki oleh Barisan Nasional sama ada dimenangi ketika bertanding, ataupun diperolehi apabila wakil PKR melompat parti akibat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar.
Selain itu, jentera PKR sudah sedia dimaklumi amat lemah melakukan kerja-kerja kempen pilihanraya. Walaupun Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR mempunyai nafsu yang kuat untuk bertanding, jentera mereka langsung tak bermaya ketika bertugas. PKR hanya akan mengambil kesempatan dari jentera-jentera parti lain didalam Pakatan untuk melakukan tugas meraih undi. Perkara ini sudah lama menjadi duri didalam daging buat PAS dan DAP. Cuma mereka takut untuk meluahkannya sahaja.
Oleh itu, bukan sahaja rakyat Sarawak yang harus berhati-hati dengan sikap buas pemimpin-pemimpin PKR ini, malah parti-parti asal di Sarawak khususnya SNAP juga perlu berjaga-jaga dengan "sikap penjajah" Anwar dan rakan-rakannya. Didalam PKR, sebenarnya tak wujud istilah berkerjasama, mereka hanya mementingkan kuasa dan kedudukan sahaja tanpa memperdulikan semangat setiakawan.
Ini jauh berbeza dengan perpaduan yang diamalkan oleh gagasan Barisan Nasional. Maka tak hairanlah jika Barisan Nasional berjaya mentadbir dengan baik selama lebih 50 tahun dan berjaya menyatupadukan berbilang kaum di seluruh negara Malaysia. Apa yang mampu diharapkan dengan PKR? Kalau nak dengar janji kosong, bolehlah agaknya...
No comments:
Post a Comment