segala helah. Usaha ini dilihat berterusan bagi mencipta "political
damage" terhadap Pehin Sri Taib Mahmud.
Usaha terancang ini telah dilakukan sekitar 4-5 tahun yang lalu,
kerana pihak pembangkang tahu bahawa tidak mudah untuk mengelirukan
rakyat Sarawak yang telah menikmati kemajuan dan kesejahteraan dibawah
pentadbiran Pehin Sri. Dan proses mencapainya tidaklah mudah, hasil
kerja keras selama 30 tahun.
Budaya mewujudkan persepsi negatif di kalangan ahli politik BN
bukanlah sesuatu yang asing. Persepsi yang diwujudkan direka dengan
tidak menyediakan jawapan. Apabila isu yang sama dimainkan setiap
hari, pastinya ia akan meresap ke dalam pemikiran rakyat. Soal benar
atau tidak bukanlah sesuatu yang penting, asalkan matlamat utamanya
iaitu mencalarkan imej seseorang tercapai.
Teknik yang dilihat berjaya di Semenanjung Malaysia dibawa ke Sarawak
untuk untuk tujuan yang sama. Dan sudah tentu, "character
assassination" ini ditujukan kepada tunjang perpaduan dan kekuatan
Sarawak iaitu Ketua Menterinya.
Pemerhati politik tentunya bersetuju bahawa kontroversi politik di
Sarawak sangat minima dibawah pentadbiran Pehin Sri. Sekalipun
didiami oleh pelbagai etnik yang kompleks, dengan agama Kristian
menguasai sebahagian besar penduduknya, Sarawak dilihat dapat
menangani isu sensitiviti agama dengan bijak. Hasilnya, penduduk
berbilang etnik dan budaya serta agama dapat merasai keharmonian ini.
Inilah sebenarnya sikap Pehin Sri yang dilihat cukup bijak dan
berhemah dalam mentadbir Sarawak.
Isu kereta Roll Royce miliknya, harta yang dimilikinya waima kalung
yang dipakai oleh isterinya dijadikan modal untuk mencipta persepsi
oleh pihak pembangkang. Dan pembangkang sentiasa mencari jalan untuk
memahatkan unsur kebencian terhadap beliau. Lebih dahsyat, beliau
dituduh sebagai diktator, dan menerima rasuah dari aktiviti ekonomi
yang dijalankan di Sarawak.
Apa yang rakyat Sarawak perlu sedar bahawa isu ini mula dimainkan
berdasarkan harta kekayaan yang dimiliki. Mgkin ramai yang tidak tahu
fakta sebenar, lantas membuat keputusan yg mudah, iaitu membolot harta
pribumi negeri untuk kepentingan peribadi.
Pehin Seri Taib Mahmud dilihat lebih banyak mendiamkan diri terhadap
isu-isu yang dilemparkan terhadapnya, mgkin atas kepercayaan bahawa
tuduhan yang berdasarkan penipuan tidak akan berjaya mencapai
matlamatnya. Perkara ini amat berbahaya kerana kerana trend semasa
menunjukkan sebaliknya. Apabila sesuatu tuduhan yang dilemparkan
tidak dijawab, ia membawa maksud bahawa tuduhan itu adalah benar.
Penerimaan masyarakat terhadap maklumat pada masa kini berbeza dari
masa lampau. Suatu ketika dahulu, surat layang atau surat berantai
menjadi alat yang paling popular untuk mencipta persepsi. Namun,
persepsi yang dicipta turut hilang tatkala surat layang itu bertebaran
hancur dek panas dan hujan. Malangnya, perkara yang sama tidak
berlaku di dalam dunia maya; internet, blog, laman web dsb. Isu yang
sama akan terus dimainkan untuk memastikan ianya sentiasa segar dan
panas. Tambahan pula, akses kepada persepsi ini cukup mudah, hanya di
hujung jari anda!
Namun Penulis percaya bahawa Pehin Sri Taib Mahmud sudah memahami
teknik jahat yang dimainkan pihak pembangkang melalui internet.
Sebagai bukti, beliau sudah mempunyai laman webnya sendiri,
http://chiefministertaib.
harapannya kepada rakyat Sarawak. Ia juga bertujuan untuk menyalurkan
maklumat yang tepat bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah seluruh
dunia tentang Sarawak.
Lebih dari itu, beliau telah memenangi saman terhadap Malaysiakini,
portal yang pro pembangkang kerana menyiarkan artikel berbentuk fitnah
terhadap beliau. KLIK SINI.
Perkembangan yang sihat untuk politik Sarawak ini menunjukkan bahawa
Pehin Sri Taib Mahmud cukup peka akan ancaman fitnah melalui dunia
siber. Kemenangan ini seharusnya menjadi tonik semangat kepada semua
pejuang-pejuang maya atau bloggers di Sarawak, yang saban hari
menangkis dakyah dan pembohongan pihak pembangkang terhadap kepimpinan
Pehin Sri Taib Mahmud di Sarawak.
No comments:
Post a Comment