Dan mungkin kerana itulah juga, Baru Bian yang dicanangkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru, menggunakan taktik yang diajarkan oleh Anwar Ibrahim dan diamalkan secara bebas serta meluas di Semenanjung iaitu 'PEMBUNUHAN KAREKTOR'.
Apabila tercetus sahaja desas-desus tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, maka bermulalah kisah Taib Mahmud yang kaya-raya, kisah anak-beranaknya menyapu semua projek kerajaan di Sarawak, kisah syarikat-syarikat kroninya yang membersihkan hutan dan menguasai pembalakan dan sebagainya. Sehinggakan Roll-Royce yang pintunya kena tutup dengan dua tangan pun turut dijadikan isu bagi menunjukkan betapa kaya-rayanya Taib Mahmud.
Namun benarkah seperti yang dilaporkan oleh portal-portal berita dan blog-blog yang sangat miring kepada Anwar Ibrahim dan DAP? Mengapa kekayaan Taib Mahmud yang digembar-gemburkan dan bukannya hasil kerjanya di Bumi Kenyalang? Apakah cara terbaik untuk mendapatkan undi daripada para pengundi di Sarawak adalah dengan menimbulkan kebencian kepada kekayaan dan menyerahkan kepada Pakatan Rakyat?
Tidakkah Pakatan Rakyat tidak boleh berbuat apa-apa pun dan mendatangkan perubahan seperti mana yang mereka canangkan di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah? Cakap besar Pakatan Rakyat di Semenanjung, tidak pernah selari dengan kerja yang mereka hasilkan.
Di Selangor umpamanya, juara memusnahkan alam sekitar adalah PKR dan DAP dengan dibantu oleh konco-konco PAS. Di Pulau Pinang, juara pembersihan etnik adalah DAP yang dihangguk-hangguk dan diiyakan oleh PKR dan PAS. Di Kelantan, juara curi tanah rakyat dengan alasan Ladang Rakyat, adalah PAS yang tidak pernah pun dikutuk dan dikecam oleh PKR dan DAP. Begitu juga di Kedah...
Dan di Perak, dalam tempoh 11 bulan, bukan kemajuan yang dibawa oleh boneka DAP, Nizar Jamaluddin, sebaliknya hanyalah kemusnahan kekal yang akan berakhir dalam tempoh 997 tahun lagi!
Satu perkara yang sangat jelas ialah, apabila Pakatan Rakyat mulai menyerang berdasarkan kekayaan, maka mereka sebenarnya itulah yang mereka cari. Mereka menyerang Khir Toyo di Selangor kerana kekayaan, tetapi kekayaan itulah yang telah menyebabkan Selangor hampir muflis di tangan PKR yang diterajui oleh Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim dan barisan Exconya, terpaksa mewujudkan cerita-cerita dongeng yang bersifat syok sendiri untuk menunjukkan yang mereka telah bekerja... sedangkan hakikatnya semua orang nampak bagaimana Khalid Ibrahim menjadi pencuri yang cuba mengosongkan akaun negeri!
Data-data tentang pembalakan, tanah NCR, pembangunan dan sebagainya yang ada kaitan dengan Sarawak telah pun dikeluarkan. Dan berbeza daripada apa yang dikhabarkan kepada rakyat di Semenanjung, bukan Taib Mahmud yang makan banyak seperti cerita mereka, tetapi cerita adalah sebaliknya.
Itu belum lagi cerita bagaimana Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan melarikan dana UNIMAS yang sepatutnya ditubuhkan di Sarawak ke Sabah semata-mata untuk dia menang dalam pertandingan Timbalan Presiden UMNO mengalahkan Allahyarham Ghafar Baba suatu ketika dahulu.
Dan PKR serta DAP yang menjadi kepala kejahatan di Sarawak, tidak pernah sedikit pun bercerita tentang kekayaan para pemimpin mereka yang diperolehi dengan jalan sulit dan sangat rahsia... contoh terbaik adalah Anwar Ibrahim. Pernahkah budak-budaknya dalam PKR yang bercerita dari mana sebenarnya sumber kekayaan Anwar Ibrahim sebelum mereka mula mempersoalkan tentang kekayaan para pemimpin yang lain? Pernahkah mereka menyentuh tentang usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam memiskinkan sesebuah negeri yang enggan menyokong dan membantunya ketika dia berada dalam kabinet dahulu?
Dan sepanjang DAP berada di Sarawak, Kuching khususnya, apa yang telah dilakukan oleh DAP selain daripada cerita tentang kekayaan Taib Mahmud yang menjadi buah mulut mereka? Pernahkah DAP menceritakan tentang kek ekonomi yang tidak adil yang dikuasai oleh golongan mereka di Sarawak terutama sekali dalam hal pembalakan?
Motif mereka menyerang dan menggambarkan Taib Mahmud sebagai diktator sangat mudah dibaca. Bacaannya ialah mereka sekadar ingin menguasai kekayaan Sarawak dan berkongsi sesama sendiri seperti yang mereka lakukan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan!!!
Apatah lagi, satu-satunya faktor yang menyatukan Sarawak adalah Taib Mahmud! Serang dan bunuh Taib Mahmud bererti mudahlah tugas kolonial dari Semenanjung untuk merealisasikan impian jahat mereka di Sarawak... ia umpama mengulangi semula sejarah JWW Birch menghentam adat istiadat Melayu Perak bagi memudahkan kerja British menjajah negeri itu dahulu....
No comments:
Post a Comment