Friday, 18 March 2011

ARMAGEDDON PKR-DAP BERLAKU DI SARAWAK!!!!



Pilihanraya Negeri Sarawak sudah hampir sampai. Petunjuknya mudah.... semakin ramai pemimpin-pemimpin dari Semenanjung yang menjadikan Bumi Kenyalang itu sebagai 'rumah kedua'. Ada yang mempunyai program langsung. Bahkan ada yang sengaja datang untuk 'tengok-tengok' dan 'pandang-pandang'.

Dan pihak yang paling sibuk di Sarawak sudah tentulah PKR dan DAP. PKR menerusi Anwar Ibrahim cuba berlagak sebagai kepala atau ketua pakatan di Sarawak. Populariti dan karisma Anwar cuba ditonjolkan meskipun Anwar sebenarnya tidaklah begitu popular di Sarawak sama ada masakini atau pun masa silamnya.
Keserakahan PKR untuk menebuk tabung dan kekayaan sesebuah negeri, terserlah benar dalam usaha mereka menawan Sarawak. PKR yang entah siapa-siapa di Sarawak, cuba menjadi pemegang konsensi terbesar menerusi usaha mereka membolot sebanyak mungkin kerusi DUN yang dipertandingkan meninggalkan SNAP yang merupakan parti tempatan dengan baki kerusi yang sudah tentu tidak boleh menang.

PKR menerusi Zuraidah Kamaruddin, Azmin Ali dan Anwar Ibrahim sendiri berkempen besar di Sarawak semenjak beberapa bulan lalu. Keyakinan Zuraidah Kamaruddin bahawa PKR sudah dapat menggenggam 40 kerusi DUN di Sarawak, cukup untuk menggambarkan bahawa PKR ingin mendominasi parti-parti pembangkang di Sarawak dalam pilihanraya negeri akan datang.

Budaya politik Semenanjung cuba dieksport ke Sarawak, pastinya akan menimbulkan satu lagi konflik yang bukan kecil. Sarawak adalah salah sebuah negeri di Malaysia, tetapi perlu diingat, Sarawak mempunyai kedudukan yang jauh lebih istimewa berbanding negeri-negeri lain di Persekutuan Tanah Melayu. Untuk tahu apa istimewanya Sarawak, anda hanya perlu menyemak undang-undang negeri selain mengetahui bahawa Sarawak bersatu dengan Persekutuan Tanah Melayu bersama-sama Singapura dan Sabah untuk membentuk Malaysia atau dengan kata lain sebagai negeri sekutu dengan negara yang bergelar Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Negara Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pula adalah gabungan daripada negeri-negeri yang berada di Semenanjung...

Pertembungan dan pertempuran antara dua parti Semenanjung yang bertapak di Sarawak, sudah pun tercetus dalam diam. Biarpun Azmin Ali dengan sombong cuba mengajar SNAP, sebuah parti tempatan agar tidak mengatasi partinya, PKR dalam perebutan kerusi, namun armageddon sebenar adalah antara PKR dan DAP.

SNAP telah mengeluarkan senarai 16 calonnya untuk bertanding. Manakala PKR pula diuar-uarkan akan mengeluarkan senarai calon seramai 52 orang, termasuklah mereka yang akan bertanding di kawasan SNAP. Manakala DAP yang mempunyai kekuatan di bandar-bandar besar dan sekarang ini menyandang 7 kerusi, masih belum membuat sebarang keputusan.

Apakah DAP sekadar melihat sahaja keserakahan PKR atau mereka juga sedang menyusun gerak atur yang lebih terperinci sebagaimana yang telah mereka lakukan di Semenanjung dengan kejayaan menguasai Pulau Pinang dan Selangor, malah suatu ketika menguasai Perak biarpun bukan sebagai Menteri Besar kerana halangan Undang-Undang Tubuh Negeri?

Isu LELAKI Y memaksa PKR dan Anwar Ibrahim terpaksa menghuru-harakan Sarawak dengan kerenah dan pertelingkahan dalaman Pakatan Rakyat. Setidak-tidaknya tumpuan mata, tidak terarah terus kepada isu LELAKI Y sebaliknya tindakan-tindakan bodoh yang dilakukan oleh PKR di Sarawak, terutama pertembungannya dengan DAP.

Dan besar kemungkinan Pilihanraya Negeri Sarawak adalah pilihanraya terakhir yang boleh disertai oleh Anwar Ibrahim dan PKR.

No comments:

Post a Comment