Tuesday 22 March 2011

SNAP TEKAD MENENTANG PKR DI PRN SARAWAK




Suatu ketika dulu mereka di anggap kawan yang berjuang untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak. Nampaknya senario itu telah berubah daripada kawan menjadi lawan menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini.

Pembahagian kerusi DUN Pakatan Pembangkang pada Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini telah didalangi oleh parti PKR dan seperti diduga ianya menjadi kelebihan kepada Parti PKR berbanding parti lain.


Mengikut percaturan yang telah ditetapkan, parti PKR akan bertanding sebanyak 52 kerusi, DAP sebanyak 14 kerusi, PAS sebanyak1 kerusi dan SNAP sebanyak 4 kerusi.

Perancangan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan DAP, PAS dan terutamanya SNAP kerana pembahagian yang dirancang ini tidak menguntungkan DAP, PAS dan semestinya SNAP.

Kalau mengikut percaturan parti masing-masing  DAP inginkan 20 kerusi manakala PAS pula sebanyak 6 kerusi. SNAP pula sebagai satu-satunya wakil tunggal parti pembangkang Sarawak inginkan sebanyak 28 kerusi.

Nampaknya perkara ini telah menimbulkan masalah kepada pakatan pembangkang
disebabkan jumlah keseluruhan kerusi dipertandingkan di Pilihanraya Negeri Sarawak hanyalah 71 kerusi manakala jumlah keseluruhan kerusi yang diminta PKR, DAP, PAS dan SNAP berjumlah 106 kerusi.

Masalah yang dihadapi ini dikhabarkan telah sampai ke pengetahuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan SNAP menuntut perkara ini diselesaikan dengan kadar segera.
Malangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak mahu melayan kehendak SNAP dan menyerahkan keputusan kepada PKR Sarawak untuk menentukan.

Setelah permintaan SNAP tidak dapat dipenuhi oleh Pakatan Pembangkang, SNAP telah mengambil keputusan drastik untuk keluar dari Pakatan Pembangkang setelah dipersetujui oleh semua ahli.

Oleh yang demikian Presiden SNAP, Edwin Dundang mengumumkan SNAP akan bertanding di 40 kerusi DUN Sarawak. Pengumuman telah dibuat  setelah mengambil kira SNAP sebagai parti tempatan dan tidak perlu tunduk kepada PKR yang dinaungi parti luar seperti PKR, DAP dan PAS.

Berikut merupakan nama-nama calon yang telah disenaraikan oleh SNAP yang akan menentang PKR. Stephen Sigar (DUN Opar), Frankie Jurem Nyumboi (DUN Tasik Biru),Richard Peter Munai (DUN Bengoh), Slyvester Belayong  (DUN Kedup),  Abang Othman Abang Haji Gom (DUN Lingga), Dan Giang (DUN Balai Ringin), Joe Unggang (DUN Layar), Dayrell Walter Entrie (DUN Bukit Saban), Tedong Jamal Abdullah (DUN Pakan), George Lagong (DUN Baleh), John Bampa (DUN Belaga), Johari Bujang (DUN Lambir), Edwin Dundang (DUN Mandi), Kebing Wan (DUN Telang Usan),  Anthony Liman Sujang (DUN Krian) dan  Augustine Liom (DUN Machan).

No comments:

Post a Comment