Friday, 18 March 2011

Bukti jelas Pakatan ditolak oleh rakyat Sarawak




Benarkah kata Anwar dan kumpulan Pakatannya bahawa mereka akan menjatuhkan kerajaan pimpinan Pehin Seri Taib Mahmud jika diadakan Pilihanraya Negeri Sarawak didalam tempoh masa yang terdekat? Yakin benar nampaknya Anwar dengan angan-angannya tersebut biarpun ia kedengaran sama seperti impian 16 September ke Putrajaya sebelum ini.
Apakah yang membuatkan Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan begitu yakin mereka boleh merampas Sarawak? Dari manakah mereka memperolehi maklumat bahawa rakyat Sarawak menyokong mereka? Anwar yang kita kenali adalah seorang yang memang bijak menabur janji. Tak kurang juga dengan kepakaran menipu serta putarbelit semua pemimpin-pemimpin didalam Pakatan pembangkang.

Jadi, kata-kata Anwar yang kononnya mereka akan merampas Sarawak dari tangan Barisan Nasional, tak lebih hanya dari satu lagi projek menipu rakyat yang diusahakan oleh kumpulan pembangkang. Tambah-tambah pula jika satu kajian daripada sebuah badan bebas Merdeka Centre diambil kira bagi melihat sokongan rakyat Sarawak terhadap Pakatan yang diketuai oleh Anwar.

Mengikut satu pungutan suara yang dibuat oleh Merdeka Centre dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hanya 11.2 peratus sahaja rakyat Sarawak yang sanggup memberikan undi mereka kepada pihak Pakatan pembangkang di Sarawak jika Pilihanraya Negeri diadakan di negeri tersebut. Ini sekaligus menolak tanggapan kumpulan pembangkang bahawa mereka akan menang mudah dan menguasai Sarawak selepas PRN diadakan.

Bancian yang dilakukan ini meliputi seluruh responden yang terdiri dari pelbagai latarbelakang etnik. Jumlah yang bersedia mengundi Barisan Nasional telah meningkat kepada 64.1 peratus iaitu 1.1 peratus lebih tinggi dari yang diterima parti pemerintah pada pilihanraya negeri pada tahun 2006 lalu. Anwar dan kumpulan pembangkang harus menerima hakikat ini yang menunjukkan polisi politik Pakatan langsung tak sesuai diamalkan di Sarawak.

Jika di Semenanjung, faktor Anwar sebagi pemimpin Anugerah Tuhan yang diwar-warkan mungkin sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat kumpulan Pakatan, tetapi faktor ini langsung tak laku di bumi kenyalang apabila hanya 21.1 rakyat Sarawak memberikan pengiktirafan buat pemimpin utama pembangkang tersebut. Rakyat Sarawak bukan mudah terpedaya dengan janji, tetapi mereka lebih percaya kepada realiti pembangunan serta kemakmuran negeri yang dibawa oleh kepimpinan Barisan Nasional.

Mengikut kajian Merdeka Centre ini lagi, 33.6 peratus rakyat Sarawak menganggap bahawa kumpulan Pakatan pembangkang tak mampu bersatu didalam satu gabungan. 26.6 peratus menganggap bahawa Pakatan kekurangan idea untuk memajukan serta membangunkan ekonomi negeri dan 11.4 peratus pula menganggap pemimpin-pemimpin Pakatan terlibat didalam rasuah.

Dari segi gaya pentadbiran Pakatan di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka di Semenanjung, rakyat Sarawak ternyata meragui kemampuan pemimpin-pemimpin Pakatan untuk mentadbir.  Bayangkan saja penerimaan rakyat Sarawak terhadap kemampuan pemimpin Pakatan untuk mentadbir apabila 7.5 peratus menganggap mereka mentadbir dengan lemah dan 4.8 peratus menganggap Pakatan langsung tak mampu menjadi pemimpin.

Walaupun ada rakyat Sarawak yang mempertikaikan kemampuan polisi pentadbiran Barisan Nasional seperti ketidak puasan hati yang ditimbulkan oleh beberapa parti dan juga politik wang, namun 70-80 peratus rakyat Sarawak masih mempunyai harapan positif terhadap parti tersebut untuk terus menerajui negeri mereka di masa depan. Sewajarnya hal ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak masih lagi tidak berganjak dari kesetiaan mereka terhadap kerajaan yang selama ini banyak berjasa pada mereka.

Satu perkara lagi yang sepatutnya diambil kira oleh Anwar dan Pakatan sebelum berangan-angan menawan Sarawak, apakah mereka mampu menang di 30 kerusi negeri berbanding hanya 6 yang dikuasai oleh Pakatan pembangkang sekarang? Sentimen Semenanjung yang dibawa oleh Anwar dan kumpulannya, tak cukup untuk membuatkan rakyat Sarawak memberikan sokongan kepada Pakatan.

Percayalah, dengan penolakan rakyat tempatan terhadap permainan politik janji kosong Pakatan ini, Anwar pasti akan gigit jari selepas melihat keputusan Pilihanraya negeri nanti. Rakyat Sarawak adalah "Tuan" di negeri ini.., siapakah Anwar untuk memperbodohkan 27 kaum etnik di Sarawak dengan permainan politik murahan buku Jingganya?

No comments:

Post a Comment