Tuesday 22 March 2011

PAS yakin nak tawan Sarawak? Realiti atau fantasi?



DUN Sarawak hanya mempunyai 71 kerusi untuk dipertandingkan. Dalam pilihan raya negeri pada 2006, BN menguasai 62 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak selesa dibawah kerajaan negeri yang sedia ada. Parti pembangkang langsung tak mempunyai peluang dihati rakyat disini.

Pilihanraya Negeri pada tahun 2006 telah menyaksikan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang diketuai oleh Pehin Sri Taib Mahmud, memenangi semua 35 kerusi yang ditandingi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menang 11 daripada 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) memperolehi lapan daripada sembilan kerusi, dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pula memenangi kesemua lapan kerusi.


Parti berhaluan kiri pembangkang hanya mampu memenangi 9 kerusi daripada 12 yang ditandingi oleh mereka. Itupun dikira sudah bagus kerana mereka berjaya meraih simpati dari sebilangan kecil rakyat Sarawak yang termakan dakyah janji kosong mereka. Dan ini bukan petanda bahawa rakyat disini menyokong pembangkang.

Enam kerusi DUN telah dimenangi oleh DAP daripada 12 kerusi yang ditandingi, manakala calon PKR hanya mampu memperolehi 1 daripada 25 kerusi. SNAP juga hanya berjaya meraih 1 kerusi daripada 28 yang ditandingi mereka dan calon Bebas hanya memenangi satu kerusi masing-masingnya.

Persoalan yang ingin diketengahkan disini, dimanakah PAS yang membuat kenyataan bahawa mereka akan diterima oleh rakyat Sarawak seperti kata Presiden mereka Hadi Awang Dimanakah parti PAS yang berlagak jaguh di Semenanjung ketika PRN 2006?

PAS tewas di satu-satunya kerusi yang ditandingi mereka pada ketika itu. Takkanlah PAS masih tak sedar bahawa rakyat Sarawak telah menunjukkan bahawa parti tersebut langsung tak mempunyai harapan di bumi kenyalang ini? Apakah PAS masih mahu memasang angan-angan untuk menawan semua kerusi Dun Melayu-Malanau yang sekarang ini dikuasai oleh PBB?

Untuk Pilihanraya Negeri yang bakal berlangsung, PAS menuntut 10 kerusi DUN untuk mereka tandingi. Semuanya adalah dikawasan yang dikuasai oleh Parti PBB pimpinan Pehin Sri Taib Mahmud. Apakah PAS yakin mereka mampu menggugat dominasi PBB dengan permainan politik retorik agama mereka?

PAS sebenarnya bernafsu besar untuk menang di kesemua kerusi yang mereka tandingi. Tetapi impian PAS hanyalah seumpama budak kecil yang mahu memakai pakaian orang dewasa. Sedangkan secara realiti, di semenanjung pun PAS tak diterima oleh rakyat, adakah pemimpin-pemimpin PAS rasa mereka akan diterima pula oleh rakyat Sarawak?

Setiap pemimpin PAS yang bermimpi mahu menjadi wakil rakyat di Sarawak perlu ingat bahawa ideologi politik di negeri ini amat berbeza dengan Semenanjung. Di Sarawak, PAS tak boleh sewenang-wenangnya memainkan isu agama dengan ekstrem sepertimana yang mereka lakukan selama ini. Rakyat Sarawak bukan hanya terdiri dari satu agama sahaja. Di Sarawak, terdapat 27 etnik kaum yang berbilang agama.

Jadi, isu apakah bakal dibawa oleh PAS yang berpengkalan di Semenanjung ini sebagai modal politik mereka nanti? Apakah PAS mahu menjatuhkan lagi imej Islam seperti sewaktu mereka berkempen untuk DAP di PRK Sibu? Tak cukupkah PAS memanipulasi isu nama Allah sehingga memecahbelahkan perpaduan bangsa melayu di semenanjung?

Di semenanjung, PAS memang terkenal sebagai juara mempermainkan agama, tetapi "kehebatan" PAS itu tak akan laku di negeri Sarawak. Silap besarlah jika pemimpin-pemimpin PAS seperti Hadi Awang ataupun Nik Aziz mahu memperbodohkan rakyat Sarawak dengan pembohongan agama mereka. PAS pasti akan dimalukan jika memilih cara politik sebegitu di negeri ini.

Jika PAS dan pemimpin-pemimpinnya tak percaya, cubalah mainkan permainan politik murahan mereka seperti di semenanjung sewaktu PRN nanti. Tahulah rakyat Sarawak mengajar mereka nanti.

No comments:

Post a Comment