Friday 25 March 2011

Kenapa rakyat Sarawak perlu tolak pembangkang

Parti kitar semula, SNAP sebelum ini telah mengumumkan 16 calon mewakili parti mereka untuk merebut kerusi dun di beberapa kawasan. Didapati antara calon yang dipilih adalah muka-muka kalah dalam pilihanaraya lepas selain calon yang tidak diketahui kewujudan dalam dunia politik.

Presiden SNAP, Edwin Dundang Bugak merupakan ahli politik yang tidak berjaya akan bertanding di Marudi iaitu kampung halaman isterinya menentang Sylvester Entri Muran, Naib Presiden SPDP. Sebelum ini, Edwin pernah bertanding di kampung halamannya di Betong, tetapi kalah dua kali dan kali ini beliau nak mencuba nasib di Marudi pula.

Jadi kita boleh lihat, sedangkan rakyat di kawasan sendiri pun tidak menerima Edwin sebagai pemimpin apatah lagi di kawasan isterinya.

Maka, amat penting untuk rakyat Sarawak untuk mengingatkan diri sendiri, bahawa setiap daripada mereka ada tanggungjawab besar untuk memilih kerajaan yang baik dalam pilihan raya negeri akan datang.

Apa yang diharapkan, penduduk negeri itu menjadikan apa yang berlaku di beberapa tempat di Semenanjung sebagai penentu undian.

Sebagai contoh, boleh dilihat apa yang berlaku di Pulau Pinang sejak dipegang oleh DAP, Kedah dan Kelantan oleh PAS dan Selangor oleh PKR. Rakyat di setiap negeri terbabit berputih mata kerana saban hari mereka bukan sahaja ditindas malah ditipu dengan 1001 janji palsu oleh Pakatan Rakyat.

Kedua-dua Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menunjukkan sebarang kualiti kepimpinan dalam mentadbir negeri masing-masing.

Sudah terang lagi bersuluh, rakyat Sarawak tidak perlukan parti kitar semula seperti SNAP, parti cakap besar seperti PKR dan parti pelampau seperti DAP di negeri itu. Ini kerana kesemua parti terbabit hanya berminat memenangi konstituensi bandar dan bukanlah untuk membela rakyat.

Persoalan yang lebih penting adalah apa yang pembangkang boleh berikan kepada rakyat Sarawak.

Dengan keluasan Sarawak yang besar, penting untuk rakyatnya mengutamakan Barisan Nasional terus memerintah dan menjadi Kerajaan Negeri.

Rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan serta apa sahaja perbezaan harus bersatu-padu.

Tugas menyemarakkan perpaduan di kalangan rakyat yang membangun seperti kerajaan negeri dan persekutuan tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak tersusun dan bersatu padu.

2 comments:

  1. Mana pembangkang? Ini time pilihanraya dewan sudah bubar mana ada Kerajaan dan Pembangkang. Semua calon parti politik. Tak sekolah ka korang? Berik malu orang Sarawak jak kitak orang tok. Maok beza antara time dewan bubar dengan dewan dah ada ahli dipilih pun sik pandei. Maok nipu rakyat jak keja. Sama jak BN ngan PR. Politik memperbodohkan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Saya menetap di Selangor. Saya fikir dan merasai kelebihan PR (PKR) dapat memerintah lebih baik dari BN. Jika ada sedikit kelemahan dalam pentadbiran, ianya adalah perkara biasa. BN lagi teruk dengan kerakusan dan rasuahnya. Alangkah elok jika Pakatan Rakyat diberikan peluang. Banyak perkara baik akan berlaku jika kita dapat memberikan peluang kepada kumpulan lain. Cuba fikir-fikirkan.

    ReplyDelete