Tuesday 5 April 2011

VIDEO SEKS ANWAR: Wan Azizah dimarahi Anwar kerana berbohong

Sumber: X-PKR

1. Dikhabarkan Azizah sudah pun terbang ke Sarawak petang semalam, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya. Kamik di Sarawak ternanti-nanti kehadiran Azizah di sini bagi bertanyakan hal yang sebenar mengenai sidang media beliau semalam di Bkt. Segambut. Al Maklumlah, katanya teramat emosional semalam!

2. Memang Azizah jika buka mulut saja, pasti ada yang tak kena dengan AnWAR! Jika sebelum ini 'flip-flop' mengenai panggilan telefon kepada bekas orang kuat AnWAR bertanyakan siapa lelaki yang ada bersama AnWAR, hal yang sama berlaku lagi semalam. Kali ini mengundang kemarahan AnWAR yang lebih besar.

3. Azizah menyatakan, "AnWAR dalam lokap dia bersenam, kerana itu ototnya kuat!". Kenyataan ini mengundang kemarahan seorang ahli keluarga AnWAR yang hadir dalam sidang media tersebut, lantas melaporkan pada AnWAR. Jika di penjara AnWAR bersenam hingga otot-ototnya menjadi kuat, ianya senaman yang agresif!

4. Pengidap sakit tulang belakang kronik tidak boleh menjalani senaman yang agresif hingga menguatkan otot-otot dibadannya. Senaman yang menguatkan otot dibuat melalui gerakan 'sit up', angkat berat dan semua ini memerlukan kekuatan pinggang yang stabil. Mustahil pesakit tulang belakang melakukan gerakan ini!

5. Pasti doktor yang waras akan melarang mana-mana pesakit tulang belakang melakukan gerakan ini. Kerana itu, ahli keluarga AnWAR yang berada dibelakang Azizah ketika sidang media semalam amat marah hingga keluar perkataan 'bodoh' terhadap Azizah. Hubungan Azizah dan ahli keluarga AnWAR memang diketahui punya banyak masalah.

6. Azizah dimarahi kerana kenyatannya bakal menimbul keraguan tentang sakit tulang belakang AnWAR! Bagaimana AnWAR yang diberitakan pengidap sakit belakang kronik, memakai bengkung di leher dan pinggang, berkerusi roda, tiba-tiba dikatakan punya otot yang kuat kerana bersenam semasa di penjara!

7. Memang la AnWAR angin satu badan dengan Azizah! Ini kerana bersusah payah beliau berlakon sakit, tiba-tiba Azizah mengatakan AnWAR boleh bersenam di dalam penjara. Arahan kepada Azizah semalam adalah membaca teks yang disediakan dan biarkan Karpal bertindak sebagai jurucakap utama!

8. Amat malang bagi Azizah semalam. Sudahlah isu jam Omega tidak ditangani dengan baik, kini timbul pula beberapa perkara baru. Mungkin ada benar juga telahan YB Datuk Zulkefli Nordin bahawa AnWAR 'berlakon' ketika menggayakan aksesori leher dan berkerusi roda di mata umum, sedangkan begitu sihat dan kuat dihadapan ahli keluarga!

5 comments:

  1. Sah la Nuar pelakon paling handal dalam M'sia, mengalahkan Roysam Nor hehehe..hebat..hebat..papa hebat kata Izzah..hahahaha

    Kantoi lagi disitu...kejap sakit pinggang, kejap boleh bersenam...mana satu ni jijah oiii.....

    Sah keluarga puaka la diorang ni..baik Nuar, Jijah, Izzah sma jer...yang penting papa hebat..

    Pssttt.. tp mmg masa tgk video PC tue Jijah mmg kelihatan amat penat, sampi merayu-rayu dia kepada orang ramai agar jgn ckp bukan2 kat Nuar..

    Tp dia lupa, Nuar dah banyak cakap sama rakyat, habis basah kena kencing dengan Nuar ni sapa lak yg nak tanggung??

    Tq Kenyalang Report...elok dipaparkan lagi pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Nuar dan keluarganya kepada rakyat!!! TQ..bravoo..bravoo...

    ReplyDelete
  2. salam.mohon kebenaran untuk di siarkan dalam blog melayupasirgudang.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kes video lucah ini selesai kalau ditubuhkan Suruhanjaya, tunjukkan jam Omega,rakaman CCTV watak-watak sedang bergerak masuk bilik,interview dengan amoi China tu..........dan yang paling penting sumpah laknat di masjid oleh 'aktor'yang terlibat dengan ' lakonan' hebat itu.Kalau berani,buatlah sekali lagi sembahayang hajat melindungi perbuatannya itu di mana-mana masjid.Allah jangan dipermainkan........

    ReplyDelete
  4. Juak juak PKR ni nak mempertahankan apa lagi.lakunan anwar mmg jelas.

    1.Pakai neck collar
    2.muka lebam
    3.keluar penjara naik kerusi roda
    4.Rambut ber 'dye'
    5.muka jambu dan sekarang muka berselekeh
    6.berpidato bukan main kuat (tapi semalam sebelum bersyarah,dia sakit)
    7.tak nak bagi DNA..takut konspirasi
    8.berdolak dalih pasal suruhanjaya di raja (pasal kena kat muka dia)
    9.azizah dan nurul pulak jadi 'kambing hitam dia'
    10.Karpal yg dulu lantang menghentam Anu AR..hari ni bersekongkol hentam BN
    11.berjalan kena pimpin kalau ke mahkamah
    12.etc etc

    TUNGGU DIA BERLAKUN TUNAIKAN HAJI DI MEKAH TAHUN NI!!!!

    Banyak lagi lakunan yg kita nampak..

    ReplyDelete