Wednesday 13 April 2011

Rakyat Sibu tidak beri muka mendiang Robert Lau?


Kematian mendiang Robert Lau Hoi Chew masih lagi menjadi igauan penduduk Sarawak, khususnya masyarakat Sibu yang begitu sayang dan menghormati tokoh politik Barisan Nasional tersebut.

Tarikh 9 April 2010, adalah hari "gelap" bagi rakyat Sibu yang dahagakan pembangunan di kawasan "transit" antara Bintulu dan Miri itu. Kematian beliau merupakan satu kerugian besar dan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diari politik Sibu.

Mendiang Robert sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Cina di Sibu. Tokoh politik SUPP ini begitu dedikasi berkhidmat untuk rakyat parlimen Sibu yang diwakilinya. Beliau dicalonkan untuk mewakili BN bagi parlimen Sibu untuk lima penggal berturut-turut dan menyaksikan rekod bersih tanpa kalah di situ.

Hebat benar Robert Lau di mata rakyat Sibu, khususnya keprihatinan mendiang memacu pembangunan dan kemajuan infrastruktur dan prasarana untuk masyarakat Sibu. Hasil dari khidmatnya di Sibu, kita boleh lihat Sibu pesat membangun dan peningkatan ekonomi yang membanggakan.

Namun kini, parlimen Sibu terlepas di tangan pembangkang. Wong Ho Leng dari DAP kini bagaikan "raja" di Sibu. Pembangunan dan ekonomi Sibu terbantut selepas Pengerusi DAP Sarawak ini mengambil alih parlimen ini. "Gangster" pun bertambah-tambah pengaruhnya di bawah payung DAP.

Dulu, mendiang Robert Lau pernah me"wasiat"kan agar pemimpin SUPP mewarisi kepimpinannya di Sibu. Legasi mendiang Robert Lau yang menjuarai hati rakyat perlu diteruskan SUPP dalam membela nasib rakyat. Rakyat Sibu perlukan Robert Lau "kedua".

Pastinya "roh" mendiang Robert Lau sedih melihat rakyat dan parlimen Sibu terus dirosakkan oleh Wong Ho Leng dan DAP. Bolehkah SUPP menyediakan pengganti kepada mendiang Robert yang sudah banyak berjasa selama lebih lima panggal?

Mungkin masyarakat Cina di Sibu sudah lupa kepada jasa dan kemajuan yang dibawa oleh Robert Lau. Mereka-mereka yang merubah undi untuk memilih DAP ternyata tidak menghargai mendiang Robert dan segala jasa yang telah beliau tabur di Sibu.

Harap masyarakat Cina di Sibu merenung kembali tentang keupayaan wakil SUPP untuk meneruskan legasi Robert Lau di Sibu. Pembangunan yang terbantut perlu di sambung kembali supaya Sibu tidak tertinggal di belakang Miri, Bintulu dan Kuching. DAP bukannya tahu mentadbir dengan baik, mereka hanya tahu berpolitik dan banyak cakap saja...

Demi memberi muka kepada mendiang Robert Lau, masyarakat Sibu di seru untuk mengenepikan DAP yang hanya mahir mencetus kekecohan dan kembali kepada BN yang sebenarnya menjadi wadah untuk membela nasib rakyat tempatan di sini.

Oleh: Biak Kacak!

No comments:

Post a Comment