Wednesday 13 April 2011

Kapit sudah mula "tampar" Anwar, anda bila lagi???




Itulah, sudah diberitahu awal-awal, Anwar tidak diterima di Sarawak. Tapi Anwar degil. Dia mahu "langgar" juga Sarawak. Datang tak dijemput, malah dihalau pula oleh penduduk Kapit, itulah yang harus diterima Anwar kerana kedegilannya.

Menurut cerita dari blogger-blogger tempatan yang berada di Kapit, Anwar datang naik bot dan disambut oleh hanya lebih kurang 20 orang penyokong saja. Yang menariknya, Anwar juga turut "disambut" oleh sepanduk, poster, banner dan pekik menghalau Anwar dari menjejakkan kaki dari bumi Kapit!

Pada penulis, hanya orang tidak tahu malu saja yang akan terus berada di bumi Kapit setelah dihalau sedemikian. Jika penulis ditempat Anwar, tentunya malu bukan kepalang. Tak tahu mana nak disorok lagi muka!

Namun, sudah rasmi Anwar, muka tak tahu malu, tebal 48 inci, dia teruskan juga rencana pembohongannya di Kapit. Pada penulis, insiden ini merupakan satu tamparan hebat hasil penangan rakyat Sarawak terhadap PKR, khususnya Anwar Ibrahim secara peribadi.

Kadang-kadang, perit juga nak beritahu kepada orang yang tidak punya rasa malu seperti Anwar ini. Sudah beribu-ribu kali dia memalukan dirinya dihadapan rakyat, namun masih lagi mendabik dada sebagai "pembela rakyat", padahal dia lebih layak digelar "penipu rakyat".

Sudahlah begitu, setiap pergerakannya mahu dikaitkan dengan nama "rakyat". Dari nama parti, hinggalah nama program, semuanya dia letakkan nama "rakyat". Siapa yang beri dia pakai nama "rakyat" pun tak tahu. Mungkin "rakyat" yang dimaksudkan Anwar itu rakyat Israel barangkali.

Apa pun, penulis mengucapkan jutaan tahniah kepada penduduk dan rakyat Kapit kerana berani dan vokal menolak pembohong rakyat yang tidak bermoral itu. Rakyat Kapit sudah mula "tampar" Anwar semalam, anda bila lagi???

No comments:

Post a Comment