Friday 8 April 2011

Panasss..!!! Kak Wan hilang bersama jam tangan OMEGA di Sarawak..???!!!


Nampaknya, Wan Azizah bagaikan "tawar hati" untuk sama-sama berkempen untuk PKR pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini. Sebagaimana kita ketahui, sebelum Kak Wan datang ke Sarawak, dia telah dimalukan oleh wartawan pada satu sidang media di ibunegara.

Akibat insiden tersebut, Kak Wan dikatakan telah membatalkan "flight ticket"nya untuk ke Sarawak pada hari itu. Mungkin Kak Wan perlukan masa untuk menenteramkan hatinya yang marah, geram dan terkedu apabila ter"kantoi" ditanya berkenaan jam tangan Omega!

Namun, Kak Wan muncul jua di Sarawak pada hari penamaan calon di N7 DUN Semariang menemani calon PKR, Zulrushdi di situ. Bagaimanapun, perarakan PKR pada penamaan calon di situ hanya diiringi oleh sekitar 200 orang sahaja. Itupun setelah dicampur dengan sedikit wartawan yang membuat liputan dan polis yang mengawal keadaan!

Mungkin kecewa dengan kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar, maka orang PKR di Semariang, maka mereka malu untuk turut serta berarak bersama Kak Wan di hari penamaan calon tersebut.

Namun, dikhabarkan bahawa kerana ada beberapa individu yang bertanyakan sama ada Kak Wan membawa bersama jam tangan Omega milik Anwar ke Sarawak, maka Kak Wan bergegas "menghilang" sejurus selepas proses penamaan calon tersebut. Kak Wan gagal dikesan!

Menurut ceritanya, Kak Wan teruk dimarahi Anwar kerana "tersilap jawab" ketika insiden yang bertanyakan status jam tangan Omega tersebut di Kuala Lumpur. Mungkin Anwar berang apabila Kak Wan menjawab bahawa jam tangan Omega itu "ada"!

Sebaliknya, mungkin Anwar berniat mencanangkan bahawa "Kak Wan hilangkan jam tangan tersebut"!!! Namun, dek kerana jawapan Kak Wan itu, maka ia telah "memotong" rancangan temberang Anwar itu...

Sehingga kini, Kak Wan masih gagal dikesan, dan dia dilaporkan masih belum menemui Anwar di Sarawak kerana merajuk dimarahi suami "anugerah Tuhan" tersebut.

Namun begitu, pada sesiapa yang terjumpa dengan Kak Wan, jangan lupa bertanyakan padanya sama ada dia ada membawa jam tangan Omega milik Anwar bersamanya ke Sarawak! Maklumlah, jam tangan tersebut penting untuk menyelamatkan "pemimpin anugerah Tuhan"..!!!

1 comment:

  1. Helah bela diri.. Akhirnya akan checkmate di penjuru dinding. Permainan catur ini sangat hebat. Pihak kerajaan sedar akan anugerah tuhan ini. Itu sebab dia bebas berceramah di mana sahaja. Pasport tidak ditahan dan sebagainya..

    Apabila checkmate nanti yang malu besar adalah ulamak PAS sampai terbang serban di kepala...

    Ambo kata PAS silap bergabung dengan PKR dan DAP lalu membentuk Fuckatan.

    ReplyDelete