Sunday 3 April 2011

DAP Sarawak berpecah belah dimainkan PKR..!!!


Belum mula bertempur di medan Pilihanraya, DAP Sarawak sudah dihantui oleh masalah dalaman lagi. Insiden kali ini menyaksikan ahli-ahli DAP berdemonstrasi di depan ibupejabat DAP Sarawak dengan kain sepanduk, jerit menjerit dan pelbagai aksi menarik!

Bersumber dari blogger-blogger tempatan Sarawak, kemelut ini berpunca apabila pucuk pimpinan tertinggi DAP membuat perjanjian "tukar suka sama suka" dengan parti politik luar dari Semenanjung, PKR.

Menurut sumber, pucuk pimpinan tertinggi DAP telah membuat pertukaran tanpa restu akar umbi tempatan dengan memberikan kerusi DUN Batu Lintang kepada PKR sebagai pertukaran bagi mendapatkan tempat untuk DAP bertanding di DUN Padungan.

Di dalam insiden ini, pihak akar umbi DAP tempatan mahukan Voon Lee Shan, bekas ADUN DAP Sarawak untuk bertanding di DUN Batu Lintang dan enggan menerima ADUN PKR ditukar ganti dengan wakil yang telah mereka pilih itu.

Menurut ahli-ahli DAP itu, penyingkiran Voon Lee Shan akan menamatkan karier wakil mereka itu di dalam dunia politik Sarawak. Malah, memandangkan Lee Shan telah digugurkan dari DUN Batu Lintang, ahli-ahli DAP itu berikrar untuk memberikan undi kepada calon BN sebagai tanda protes kepada pucuk pimpinan DAP.

Di sepanduk ahli-ahli DAP yang menunjuk perasaan itu turut mengecam Wong Ho Leng, salah seorang pucuk pimpinan DAP Sarawak kerana memberikan kerusi DUN tersebut kepada PKR. "DAP bukan keluarga Ho Leng yang punya!" jerit mereka.

Ternyata kehadiran PKR di Sarawak juga turut menyebabkan DAP berpecah belah. DAP Sarawak yang dahulunya agak kukuh meskipun sedikit bilangannya, agak jarang mengalami kemelut dalaman. Namun, dengan hadirnya PKR, rumahtangga DAP semakin kucar kacir dibuatnya.

Sudah menjadi lumrah, PKR yang tidak disukai di Semenanjung, juga kini tidak langsung digemari oleh rakyat Sarawak, termasuklah SNAP dan DAP Sarawak. PKR hanya membuat kacau di Bumi Kenyalang. Sememangnya PKR parti pengacau!

Sebelum kehadiran PKR di Sarawak, DAP bebas bertanding di mana saja yang parti itu suka. Tak kira tempat, sama ada satu lawan satu atau pertandingan tiga empat penjuru, DAP bebas untuk bertanding. Kini, kuota dan kebebasan DAP bertanding semakin kecil dan hak mereka telah dirampas oleh PKR.

Sebelum ini kita lihat kehadiran PKR tidak dapat diterima oleh SNAP. PKR turut cuba membolot kerusi DUN yang mahu ditandingi oleh SNAP dan menyebabkan parti tempatan itu berang. Oleh itu, awal-awal lagi SNAP mengambil keputusan untuk 'menceraikan' PKR. Nampaknya keputusan SNAP itu tepat.

Hanya DAP dan PAS saja yang sanggup bersama PKR dan berhadapan dengan kerakusan nafsu ketuanya yang gilakan kuasa. Anwar bukan saja gilakan kuasa, malah dia turut di dakwa gilakan wanita dan juga lelaki! Tabiat buruk Anwar itu sememangnya diketahui DAP dan PAS, tapi mereka terpaksa telan juga kerana mereka juga gilakan kuasa!

2 comments:

  1. Lambang PKR (Bulan pecah dua) menunjukkan PKR sedang mengalami masalah dalaman yang kronik dan telah berjangkit kepada DAP.
    PAS (Bulan Bulat) tapi dalaman yang kosong.

    Syabas PR.

    ReplyDelete
  2. Nampak gilak org BN tulis. Mun rakyat biasa tulis sikda bunyi kedak ya pok.

    ReplyDelete