Monday, 11 April 2011

Panasss..!!! Cerita "best" dihujung minggu...!!!


Hanya dipisahkan dengan jarak 30 meter, Ezam Mohd Noor dan Azmin Ali, bertempur di medan kempen di Kampung Boyan baru-baru ini. Ezam, adalah bekas panglima no.1 Anwar sejak zaman reformasi lagi. Manakala Azmin pula adalah panglima "anak emas" Anwar yang taat pada Anwar, tapi dayus!

Menurut cerita di sini, ketika Azmin sedang berucap dipentas, maka tibalah Ezam, bekas panglima sulung Anwar dahulu, tapi sudah berpatah arang dengan peliwat tegar itu.

Melihat Azmin sedang berucap, darah panglima Ezam naik mendadak. Ezam naik ke pentas lantas dilondehnya segala "kemaluan" yang ada pada Anwar, Azmin dan PKR. Ezam belasah Azmin cukup-cukup! Habis-habisan!!!

Tak terjawab pula Azmin dibuatnya. Keadaan semakin hangat! Azmin yang terkedu dengan hujah Ezam, hanya mampu menyerang Taib Mahmud sahaja. Mana mampu Azmin berhadapan dengan Ezam. Siapalah Azmin berbanding Ezam ketika di dalam PKR...

Hasilnya, kereta yang membawa Ezam jadi mangsa lepas geram puak-puak PKR. Kereta Ezam dipukul dan disepak oleh balaci-balaci PKR yang diimport dari Semenanjung. Namun Ezam dibela oleh hulubalang PBB. Berdarah jugaklah budak PKR tu dikerjakannya. Mujurlah FRU datang menghalang, kalau tidak, tak balik Semenanjunglah budak PKR tu...

Sebenarnya, Ezamlah panglima sebenar. Dia berjiwa "fighter". Dialah di antara pengasas Keadilan. Dari tidak berdaftar hinggalah kini menjadi PKR, Ezamlah yang teruk buat kerja. Yang kuat berdemo menyalak ditengah jalan raya dulu tu Ezamlah punya kerja. Luar dalam PKR di dalam poketnya sahaja.

Sejak Anwar ditahan dan dipenjara di Sungai Buloh dulu, Ezamlah yang menjaga keluarga Anwar. Ezamlah yang memberi harapan kepada Wan Azizah sekeluarga untuk melepaskan Anwar dari penjara. Ezamlah yang mengatur semuanya, bukan Azmin!

Siapa Azmin? Ketika Anwar dipenjara, Azmin di"haram"kan Kak Wan untuk menjejakkan kaki di rumahnya. Kak Wan tak mahu tengok muka Azmin. Mengapa? Kalau nak tahu jawapannya, tanya Kak Wan, Nurul Izzah atau Shamsidar, isteri Azmin.

Alahhh..bukan Kak Wan dan Izzah tak tahu Azmin merelakan "dimadukan" Shamsidar. Siapa madunya? Takkan Nallakaruppan kot? Kalau Nalla, takkanlah Kak Wan dan Izzah "hangin satu badan" pada Azmin? Alahhh..."Lelaki Y" tu lahhh...

Budaya politik ganas yang dibawa oleh puak-puak PKR tidak pernah diamalkan di Sarawak. Pilihanraya-pilihanraya sebelum ini tidak pernah menyaksikan keganasan berlaku di musim berkempen. Calon-calon dan penyokong-penyokong parti saling hormat menghormati. Segalanya lancar dan aman di sepanjang musim berkempen.

Malangnya, datang saja PKR ke Sarawak, terus dibawanya budaya buruk tersebut ke Bumi Kenyalang ini. Hairannya, ada pula rakyat di Sarawak yang menyokong PKR. Tidakkah mereka sedar bahawa PKR hanya akan membawa kehancuran negeri Sarawak?

Lihat saja di Semenanjung sana, sering huru-hara dikerjakan PKR. Datang PKR ke Sarawak, parti itu terus bergaduh dengan SNAP kerana tamakkan kerusi DUN. Padahal, dia yang datang tempat orang! Buruk benar perangainya. Itu pun orang Sarawak sokong, kah?

Penulis harap, orang Sarawak tidak terpengaruh sikap buruk dan "paloi" PKR itu. Kita tidak pernah mempunyai sikap sedemikian. Kita terkenal dengan hidup aman dan damai dengan kepelbagaian kaum dan etnik. Malah hubungan baik dengan masyarakat Cina bukan bumiputera pun erat sebelum kemasukan PKR di sini.

DAP Sarawak pun dahulunya baik-baik saja. "Sidaknya sik pernah polah hal yang bukan-bukan". Namun, setelah DAP Pusat bersatu dengan PKR, DAP Sarawak berubah pula sikapnya. Dulu baik-baik saja, tapi sekarang jahat nak mampos! Hasutan menjadi bahan "kelaka" mereka saja!

Apapun, kita tunggu hari mengundi kelak. Kita keluar ramai-ramai mengundi BN! Tunjukkan pada orang Semenanjung bahawa "orang Sarawak sik suka PKR sampei bila-bila". Tunjukkan pada PKR bahawa kita bukan orang "paloi" seperti mereka! Ngap Sayot!!!

Oleh: Biak Kacak!

Sunday, 10 April 2011

Terkini..!!! Sarawak bakal dilelong PKR, DAP dan PAS..!!!


Dikhabarkan, Nik Aziz Nik Mat dan Anwar telah berduet mendendangkan lagu bohong mereka semalam di Kuching. Malah turut diceritakan bahawa "angpow" begitu banyak ditaburkan kepada para hadirin pada siri terbesar penyebaran fitnah.

Mungkin ada segelintir rakyat Sarawak yang suka pada cerita fitnah Anwar dan Nik Aziz. Mungkin ada yang suka mendengar cerita dongeng temberang Anwar. Maklumlah, Anwar jarang ke Sarawak. Bila musim pilihanraya baru dia tunjuk muka pembohongnya di Bumi Kenyalang.

Agak menyedihkan apabila ada juga segelintir rakyat Sarawak yang kurang bijak untuk dipengaruhi pembohongan Anwar dan rakan-rakannya. Cerita temberangnya memang hebat di dengar. Ramai yang terpesona mendengar cerita tidak masuk akalnya.

Anwar sering menaburkan keburukan orang BN, namun dia tidak pernah menceritakan tentang kebusukan dan kejijikan yang ada pada dirinya. Jika dia sentuh sekali pun tentang kisah "gelap" yang dikaitkan dengannya, tentu sekali dia melencong menafikan. Iyalah, takkanlah Anwar nak mengaku kejijikannya?

Hati-hati dengan Anwar. Mulutnya manis, lagak gayanya bagai dialah "dewa". Padahal disebalik mulut manisnya, tersembunyi racun berbisa. Disebalik gaya langkahnya, tersembunyi "kehidupan gelap"nya yang tidak bermoral dan menjelekkan.

Bagus benar bunyi tutur katanya semalam. Kononnya, dia pembela rakyat. Kononnya dia mahu berikan RM600 sebulan pada semua rakyat Sarawak. Begitulah yang dijanjikan Pakatan Haram Pembangkang itu di Selangor dahulu.

Sehingga sekarang, satu sen pun tidak diterima oleh rakyat Selangor. Malah mereka teruk ditindas dan habis wang Kerajaan Negeri Selangor dikebas! Kos selenggara kereta kerajaan negeri Selangor mencecah RM6 juta setahun! Selenggara kereta apa begitu banyak kosnya? PKR dan DAP Selangor selenggara kapal terbang, kah?

Yayasan Selangor yang dulu mempunyai tabungan dana yang banyak ketika pemerintahan BN, habis di"rompak" PKR, DAP dan PAS Selangor. Bayangkan, dari dana yang terkumpul RM puluhan juta, Yayasan Selangor mengalami defisit lebih dari RM7 juta! Wang dan hak rakyat Selangor lesap ditangan PKR, DAP dan PAS.

Anwar pula bertindak sebagai "penasihat ekonomi" Selangor. Meskipun dia mendakwa hanya diberi gaji RM1 saja sebulan, difahamkan berjuta-juta RM telah dimanipulasikan oleh Anwar keluar dari akaun negeri dan masuk ke "poket"nya. Habis di"rompak". Malah, wang zakat orang Islam di Selangor pun cuba dirompak mereka!

Jika Sarawak ingin melihat negeri ini punah rosak dan jahanam dikerjakan Anwar, Baru Bian, Nik Aziz, Guan Eng dan Kit Siang, cubalah beri undi pada mereka. Dan selepas itu jangan menyesal sekiranya si penipu pembohong ini menjual Sarawak kelak!

Belajarlah dari kesilapan orang di Semenanjung. Tak rugi untuk berkongsi pengalaman dengan mereka. Mereka pernah tersilap dan menyesal. Pulau Pinang hampir habis dijual Guan Eng. Selangor pula rugi jutaan ringgit! Sarawak pula pastinya hancur jika jatuh ke tangan penipu pembohong ini!

Dinosaur yang menguasai Pakatan tak mungkin bawa perubahan untuk Sarawak


Tenung muka muka ini dan cuba fikirkan perubahan positif yang telah mereka bawakan ke Malaysia?

Selama 20 tahun Nik Aziz menjadi menteri besar, belum satu masjid pun dibangunkan oleh PAS - apa mungkin mereka mampu membawa perubahan kepada Sarwak, satu negeri yang begitu luas dan mencabar.

Kelantan sekadar sebuah negeri kecil yang mempunayi masalah tipikal di Semenanjung makala Sarawak pula sebuah negeri yang begitu luas dan mempunyai taburan penduduk yang begitu rambang dan tipis hingga tidaka da satu pun model pembangunan yang mampu memberi tunjuk ajar cara untuk menggerakkan ekonomi dan potensi rakyat Sarawak

Namun begitu Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya membangunkan Sarawak hingga ianya terkenal sebagai destinasi perlancungan dan juga pelaburan di mata dunia.

Video Seks: Anwar Naik Angin pasal Jam Omega

Para pembaca budiman boleh tonton dan nilai sendiri kandungan video ini

terima kasih Minaq Jinggo kerana merakam sidang akhbar ini

SHOCKING VIDEO: Lim Guan Eng's land grab took place in hsi first week in office

The land was Kampung Buah Pala, saving kampung Buah Pala was one of their election promise but within a week of taking office, one of Lim Kit Siang's son's first act was to sign the order that allowed the land to be transferred to the developer, allowing them to build on it.

Imagine that, all he had to do was not sign the order, after all that was the promise
The developers may have promised him millions or something otherwise why would he break a clear and patent election promise

Kenapa pembangkang marah Najib kerap ke Sarawak?


Pihak pembangkang Sarawak yang ketandusan isu untuk menyerang BN kali ini ternyata tertekan apabila mencipta isu bodoh menyerang peribadi pemimpin BN, terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang Sarawak baru-baru ini menuduh bahawa kekerapan Najib ke Sarawak sepanjang kempen pilihan raya negeri itu kerana BN tidak yakin boleh menang pada pilihan raya negeri kali ini.

Tuduhan bodoh dan tidak sedar diri oleh pembangkang terhadap PM itu jelas tidak berasas. Najib berhak berada di mana saja yang dirasakan perlu. Contohnya, PM perlu kerap berada di Sarawak kerana beliau perlu meninjau persediaan BN Sarawak dan pilihanraya yang bakal berlangsung.

Beliau ke Sarawak untuk mengunjungi rakyat Sarawak, salahkah? Sekurang-kurangnya, Najib lebih bertanggungjawab berbanding Anwar. Najib sanggup meluangkan masanya di Sarawak demi memastikan rakyat dekat dan mesra dengan kepimpinannya. Dia selalu memastikan bahawa rakyat sentiasa didahulukan.

Namun, Anwar yang kerap mengunjungi pemimpin-pemimpin Yahudi itu tidak pula dipersoalkan oleh puak-puak pembangkang ini. Anwar kerap berjumpa pemimpin Yahudi di dala siri "Tour Minta Maaf"nya. Dia kerap berada di luar negara berjumpa dengan sahabat baiknya, penyangak mata wang, Soros!

Jika dibandingkan Anwar dengan Najib, bagai langit dengan bumi. Malah Anwar tidak layak untuk dibandingkan dengan PM kita. Dia hanya layak untuk dibandingkan dengan Bill Clinton yang ter"kantoi" dengan Monica Lewinski! Malah dia lebih teruk dari Clinton kerana dikatakan mempunyai ramai teman seks lelaki dan perempuan, malah disahkan meliwat oleh mahkamah! Manusia jenis apakah ini?

Najib tak datang Sarawak salah, Najib tak datang ke Sarawak pun salah? PM jarang datang ke Sarawak dikatakan salah, kerap datang Sarawak pun salah juga? Itulah lidah pembangkang penuh dengan hasad dengki, khianat, politik kebencian dan tidak pernah matang! Jelas pembangkang kini bodoh dan dungu, tapi berlagak pandai!

Kunjungan Najib ke Sarawak ternyata mendapat pujian rakyat setempat. Mereka melahirkan rasa teruja mereka dengan kunjungan PM ke Bumi Kenyalang tanpa rasa prejudis. Begitulah ikhlas, mesra dan gembiranya rakyat bersama PMnya.

Mungkin pembangkang cemburu kerana "PM 16 September" mereka hanya mem"bulak" mereka, sehingga kini sudah bekali-kali 16 September berulang, Anwar masih belum jadi PM! Sedarkah penyokong yang nak beri undi pada pembangkang bahawa ANWAR ITU PENIPUS BESAR..?!!!

Oleh: Biak Kacak!

Saturday, 9 April 2011

Anwar dan Wan Azizah datang ke Sarawak untuk membulak jua..!!!


Penduduk rakyat negeri Sarawak disarankan agar tidak mempercayai Wan Azizah, isteri raja putar alam dunia, Anwar Ibrahim. Kedatangannya ke Sarawak ini bukannya untuk membela dan mendahulukan rakyat, datangnya hanya untuk menipu bagi membela suaminya yang suka menipu keliling dunia!

Terbaru, Wan Azizah mendakwa bahawa Anwar sering bersenam ketika di dalam penjara ketika ditahan kerana terbukti bersalah menyalah guna kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Katanya Anwar bersenam ketika di penjara dan bertubuh sasa, bagi menafikan "lelaki bertuala putih" di dalam video seks tersebut bukanlah suaminya.

Kenyataannya ini jelas menunjukkan bahawa Wan Azizah suka berbohong pada rakyat apabila menyatakan bahawa Anwar sering kait belakang, nak tidur pun tak boleh, nak bergerak pun sukar, termasuklah dakwaannya yang kononnya disuntik racun arsenik dan HIV ketika merayu melepaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh!

Cuba bayangkan, demi menlepaskan seorang penjenayah yang sedang menerima hukuman, Wan Azizah sanggup menipu rakyat bagi meraih simpati mendesak Kerajaan melepaskan Anwar. Malah isteri Anwar ini sanggup memburuk dan memfitnah Kerajaan yang selama ini melayan Wan Azizah sekeluarga dengan baik ketika suaminya bergelar TPM.

Sudahlah suaminya menipu, salah guna kuasa, terlibat dengan aktiviti meliwat (disahkan mahkamah), isterinya pula menipu untuk melepaskan suaminya yang sedang menjalani hukuman. Apa jenis manusiakah ini? Spesis manusia apakah ini???

Sebab itulah penulis meminta agar rakyat Sarawak berhati-hati dengan kedua pasangan penipu ini. Usah dekati mereka dan usah biarkan mereka mendekati atau memasuki kawasan kita "di situk". "Sidak dua eko membulak saja keja ya di Sarawak tuk".

"Mun kitak serempak ngan Anwar ya, iboh madah perkataan Mokhtar, ia ya password bah! Nahas mun disebut depan Anwar, kelak bolos belakang kitak! Nya suka main belakang!".

"Mun kitak jumpa ngan binik ya, tanya Wan Azizah, sine ya letak jam tangan Omega ya bah? Sik bawa ke Sarawak, kah? Confirm ya lari lepas tanya kedak ya!".

Oleh: Biak Kacak!