Friday, 15 April 2011

Alasan "pengundi hantu" dah tak laku lagi, pembangkang carilah alasan lain..!!!


Pihak pembangkang sering menyalak mengenai "pengundi hantu" atau "phantom voters" pada setiap pilihanraya, kecuali jika mereka menang di DUN atau Parlimen tersebut. Itu sudah perangai pembangkang, tidak terkecuali di Sarawak ini.

Esok adalah hari mengundi bagi seluruh rakyat Sarawak yang layak mengundi. Penulis ingin mencadangkan agar pihak pembangkang menyediakan seorang ustaz, bomoh, pawang atau siapa saja yang boleh mengesan "pengundi hantu" untuk berjaga di setiap pusat mengundi esok.

Ini adalah untuk mengelak sebarang dakwaan kewujudan "pengundi hantu" sebagaimana yang selalu didakwa oleh pembangkang sebelum ini. SPR pun sudah bosan dengan dakwaan murahan tidak berasas dari pembangkang ini.

Sehingga kini, belum ada satu pun bukti kukuh yang dikemukakan oleh pihak pembangkang mengenai kewujudan "pengundi hantu" pada setiap pilihanraya. Namun, selepas pilihanraya tamat dan mereka kalah, maka menyalak menjeritlah pembangkang mendakwa BN menggunakan "pengundi hantu" untuk menang dan SPR telah di"beli" BN.

Sedangkan, semua tuduhan itu tanpa bukti, pembohongan dan tidak berasas sama sekali! Itu semua fitnah pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap BN yang menang bertanding dan SPR yang jujur menjalankan tugas. Itu taktik purba pembangkang zaman berzaman!

Apa makna "pengundi hantu"? Ungkapan itu bermaksud individu yang menggunakan IC orang lain, sama ada masih hidup atau telah mati, untuk mengundi bagi pihak pemilik IC tersebut. Malangnya, tidak ada satu pun bukti yang dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

SPR dari dulu selalu mencabar pembangkang untuk mengemukakan bukti kukuh mengenai "pengundi hantu" ketika pilihanraya berlangsung. Namun mereka gagal buktikan. Tangkaplah satu kes, gerenti SPR akan "bungkus". Apa lagi cubalah tangkap satu kes!

Sebenarnya, pembangkanglah "hantu". Merekalah "hantu" yang mendajalkan Kerajaan dan SPR selama ini. Menuduh tanpa bukti, samalah seperti menabur fitnah. Kesalahannya menurut Islam lebih teruk dari membunuh!

Harap kali pembangkang cari modal lain untuk menutup kekalahan mereka..!!! BN akan menang majoriti 2/3, kita tunggu saja apa alasan pembangkang kali ini...

Parti Sarawak untuk Orang Sarawak..!!! Tolak parti luar...!!!


Esok merupakan hari mengundi bagi Pilihanraya DUN Sarawak kali ke-10. Sudah sekian lama negeri Sarawak diperintah oleh rakyat Sarawak sendiri. Tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak luar, meskipun dari Kerajaan BN Pusat di Semenanjung

Persoalannya, mahukah rakyat Sarawak melihat negeri Bumi Kenyalang ini diperintah oleh parti luar dari Semenanjung? Atau rakyat Sarawak mahu terus diperintah oleh rakyat tempatan yang asal usulnya dari Bumi Rentap ini?

Tidak pernah dalam sejarah politik negeri Sarawak melihat parti-parti dari Semenanjung seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya masuk ke negeri ini untuk mencampuri urusan negeri ini.

Yang ada di sini ialah gabungan parti-parti tempatan yang membentuk Barisan Nasional Sarawak yang bergabung dengan Kerajaan BN Pusat. Namun, BN Pusat tidak pernah campur tangan Ketua Menteri dan Menteri-Menteri di Sarawak membuat dasar kerajaan sendiri.

Ini adalah kerana Kerajaan BN sangat menghormati kuasa autonomi yang dimiliki penuh oleh negeri Sarawak sebagaimana perjanjian yang termetri ketika penggabungan negeri Sarawak dan Sabah yang membentuk Malaysia. Inilah yang cuba dicabul oleh pakatan pembangkang di Sarawak.

Kini, kita melihat kemasukan parti-parti pembangkang dari Semenanjung ke Sarawak untuk men"jual" temberang, pembohongan dan menghuru-harakan kestabilan politik Sarawak. Mereka datang ke sini membuat kacau dan mencetus kekecohan di kalangan rakyat Sarawak yang sebelum ini sangat bersatu dan saling hormat menghormati.

PKR, PAS dan DAP sering membuat kacau di sana sini, mencetus ketengangan kaum dengan mengamalkan budaya politik racist perkauman sebagaimana yang dilakukan oleh Violet Yong.

Selain itu, pembangkang bermain sentimen agama yang sangat sensitif seperti isu kitab suci Kristian yang mampu merosakkan keharmonian agama di Sarawak. Mereka mencetuskan budaya politik kebencian rakyat terhadap BN dengan pembohongan yang tidak berasas.

Mereka memburuk-burukkan Kerajaan BN di mana saja mereka berada. Misalnya, Anwar Ibrahim sering mengelilingi dunia bagi memburuk-burukkan negara ini dikalangan sahabat Yahudinya di luar sana. Jika di luar negara pun Anwar berbuat demikian, apatah lagi di dalam negara, tentunya lebih hebat dia membuat fitnah busuk itu.

Penulis melihat kemasukan PKR, PAS dan DAP ke Sarawak tidak lebih untuk merosakkan negeri ini dari perpaduan, keharmonian dan kestabilan politik. Jika mereka ini dibiarkan terus bermaharajalela di sini, nescaya negeri Sarawak bakal musnah dan kucar-kacir dibuatnya.

Seharusnya esok, rakyat Sarawak menolak parti-parti dari Semenanjung ini dan memilih parti tempatan terus memerintah negeri Bumi Kenyalang ini. Rakyat Sarawak perlu menolak ancaman luar parti Semenanjung ini sepenuhnya bagi menjamin keamanan, kemajuan dan pembangunan yang direncanakan oleh parti tempatan Sarawak sendiri.

Hanya parti tempatan Sarawak saja yang layak mentadbir negeri Sarawak ini dan bukan parti yang di"import" dari Semenanjung! Bangunlah rakyat Sarawak! Tolak bajingan-bajingan jijik yang cuba merosakkan Bumi Kenyalang ini. "Ngap Sayot"kan mereka!

Thursday, 14 April 2011

Terkini..!!! "Ketua Menteri idaman DAP" umum beri "bulan dan bintang"..!!!


Baru Bian, "Ketua Menteri idaman DAP", mengumumkan bahawa dia akan menaikkan gaji Tuai Rumah kepada RM950 sebulan, Penghulu pula RM1050 sebulan, gaji Pemancha dinaikkan kepada RM1250 dan Temenggong kepada RM1600 sebulan.

"Murah hati" sungguh Baru Bian dan pembangkang di Sarawak. Sekali pandang, memang mereka "pemurah" dan kononnya "membela nasib rakyat" dengan menaikkan gaji Tuai Rumah, Penghulu, Pemancha dan Temenggong. Seakan-akan Kerajaan BN tidak mampu menaikkan gaji mereka.

Tapi itulah pembangkang yang suka menjanjikan janji "bulan dan bintang", tapi bila sudah berkuasa, mereka tidak menunaikannya seperti yang berlaku di Selangor, misalnya.

Dulu, di Selangor, mereka menjanjikan elaun khas setiap bulan kepada setiap ibu tunggal, warga emas, anak masuk sekolah, suri rumah sepenuh masa, bayi baru lahir dan anak masuk universiti.

Tapi setelah berjaya menjajah Selangor, semua yang dijanjikan di atas itu tidak pun ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor. Lebih memeritkan, mereka menghabiskan wang Kerajaan sehingga Yayasan Selangor mengalami kerugian dan defisit lebih RM7 juta. Wang selenggara kenderaan mereka ialah lebih RM6 juta setahun, selenggara kereta atau "belon"???

Janji Baru Bian itu sebenarnya langsung tidak berkreadibiliti, tidak boleh dipercayai dan bohong semata-mata. Janji itu hanyalah undi menarik undi Tuai Rumah, Penghulu, Pemancha, Temenggong dan rakyat Sarawak sahaja. Orang di Semenanjung sudah kena tipu hidup-hidup, orang Sarawak pun rela kena tipu juga???

Anwar beri gaji pada Shamsidar RM30,000 tapi tak payah buat kerja???


Malam tadi, Ummi Hafilda "telanjang"kan Anwar, Azmin dan Shamsidar habis-habisan pada satu majlis ceramah di N.49 DUN Nangka, Sibu. Sekitar 300 orang penduduk Kampung Bandung dan masyarakat setempat membanjiri medan selera di kawasan tersebut.

Ummi antaranya memberitahu pada penduduk di situ bahawa dia telah mengumpul bukti-bukti kukuh dan turut mencuri beberapa dokumen "original" yang mengaitkan penyelewengan Anwar dan "rompakan-rompakan" besar yang dilakukan oleh Anwar, Azmin dan Shamsidar.

Antara yang didedahkan Ummi ialah pemberian berjuta-juta saham kepada Azmin dan Shamsidar ketika Anwar menjawat Timbalan Perdana Menteri dulu.

Menurut Ummi lagi, Anwar turut melantik Shamsidar sebagai Executive Director di salah sebuah bank yang bergaji RM30,000, sebuah kereta berserta pemandu sekali, tanpa perlu datang ke pejabat!

Maknanya tak payah buat kerja lah tu. Tak buat kerja pun dapat RM30,000 sebulan? "Sayang" betul Anwar pada Shamsidar, isteri Azmin! Ada "apa-apa" ke ni?

Ummi berkata, Shamsidar dilantik bekerja di bank rakan baiknya yang bernama "Mr. Tong". Kiranya, Anwarlah yang suruh "Mr. Tong" tu ambil Shamsidar bekerja di bank tersebut. Entah berapa juta yang diberi pada "Mr. Tong"? Tentu projek juta-juta turut diberikan pada rakan karibnya itu sebagai "token".

Memang betul-betul dajal si Anwar ini. Baru jadi Timbalan Perdana Menteri dah berjuta-juta di"kebas"nya. Belum lagi jadi Perdana Menteri. Kalau jadi Perdana Menteri, tentu berbilion-bilion di"rompak"nya.

Macam itu pun DAP dan PAS nak angkat jadi Perdana Menteri? Pakatan pembangkang asyik bercakap pasal rasuah dan penyelewengan. Tapi mereka menyokong "bapa rasuah" dan "bapa penyelewengan" untuk jadi PM? Ternyata PAS dan DAP memang bodoh!

Wednesday, 13 April 2011

Kapit sudah mula "tampar" Anwar, anda bila lagi???




Itulah, sudah diberitahu awal-awal, Anwar tidak diterima di Sarawak. Tapi Anwar degil. Dia mahu "langgar" juga Sarawak. Datang tak dijemput, malah dihalau pula oleh penduduk Kapit, itulah yang harus diterima Anwar kerana kedegilannya.

Menurut cerita dari blogger-blogger tempatan yang berada di Kapit, Anwar datang naik bot dan disambut oleh hanya lebih kurang 20 orang penyokong saja. Yang menariknya, Anwar juga turut "disambut" oleh sepanduk, poster, banner dan pekik menghalau Anwar dari menjejakkan kaki dari bumi Kapit!

Pada penulis, hanya orang tidak tahu malu saja yang akan terus berada di bumi Kapit setelah dihalau sedemikian. Jika penulis ditempat Anwar, tentunya malu bukan kepalang. Tak tahu mana nak disorok lagi muka!

Namun, sudah rasmi Anwar, muka tak tahu malu, tebal 48 inci, dia teruskan juga rencana pembohongannya di Kapit. Pada penulis, insiden ini merupakan satu tamparan hebat hasil penangan rakyat Sarawak terhadap PKR, khususnya Anwar Ibrahim secara peribadi.

Kadang-kadang, perit juga nak beritahu kepada orang yang tidak punya rasa malu seperti Anwar ini. Sudah beribu-ribu kali dia memalukan dirinya dihadapan rakyat, namun masih lagi mendabik dada sebagai "pembela rakyat", padahal dia lebih layak digelar "penipu rakyat".

Sudahlah begitu, setiap pergerakannya mahu dikaitkan dengan nama "rakyat". Dari nama parti, hinggalah nama program, semuanya dia letakkan nama "rakyat". Siapa yang beri dia pakai nama "rakyat" pun tak tahu. Mungkin "rakyat" yang dimaksudkan Anwar itu rakyat Israel barangkali.

Apa pun, penulis mengucapkan jutaan tahniah kepada penduduk dan rakyat Kapit kerana berani dan vokal menolak pembohong rakyat yang tidak bermoral itu. Rakyat Kapit sudah mula "tampar" Anwar semalam, anda bila lagi???

Rakyat Sibu tidak beri muka mendiang Robert Lau?


Kematian mendiang Robert Lau Hoi Chew masih lagi menjadi igauan penduduk Sarawak, khususnya masyarakat Sibu yang begitu sayang dan menghormati tokoh politik Barisan Nasional tersebut.

Tarikh 9 April 2010, adalah hari "gelap" bagi rakyat Sibu yang dahagakan pembangunan di kawasan "transit" antara Bintulu dan Miri itu. Kematian beliau merupakan satu kerugian besar dan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diari politik Sibu.

Mendiang Robert sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Cina di Sibu. Tokoh politik SUPP ini begitu dedikasi berkhidmat untuk rakyat parlimen Sibu yang diwakilinya. Beliau dicalonkan untuk mewakili BN bagi parlimen Sibu untuk lima penggal berturut-turut dan menyaksikan rekod bersih tanpa kalah di situ.

Hebat benar Robert Lau di mata rakyat Sibu, khususnya keprihatinan mendiang memacu pembangunan dan kemajuan infrastruktur dan prasarana untuk masyarakat Sibu. Hasil dari khidmatnya di Sibu, kita boleh lihat Sibu pesat membangun dan peningkatan ekonomi yang membanggakan.

Namun kini, parlimen Sibu terlepas di tangan pembangkang. Wong Ho Leng dari DAP kini bagaikan "raja" di Sibu. Pembangunan dan ekonomi Sibu terbantut selepas Pengerusi DAP Sarawak ini mengambil alih parlimen ini. "Gangster" pun bertambah-tambah pengaruhnya di bawah payung DAP.

Dulu, mendiang Robert Lau pernah me"wasiat"kan agar pemimpin SUPP mewarisi kepimpinannya di Sibu. Legasi mendiang Robert Lau yang menjuarai hati rakyat perlu diteruskan SUPP dalam membela nasib rakyat. Rakyat Sibu perlukan Robert Lau "kedua".

Pastinya "roh" mendiang Robert Lau sedih melihat rakyat dan parlimen Sibu terus dirosakkan oleh Wong Ho Leng dan DAP. Bolehkah SUPP menyediakan pengganti kepada mendiang Robert yang sudah banyak berjasa selama lebih lima panggal?

Mungkin masyarakat Cina di Sibu sudah lupa kepada jasa dan kemajuan yang dibawa oleh Robert Lau. Mereka-mereka yang merubah undi untuk memilih DAP ternyata tidak menghargai mendiang Robert dan segala jasa yang telah beliau tabur di Sibu.

Harap masyarakat Cina di Sibu merenung kembali tentang keupayaan wakil SUPP untuk meneruskan legasi Robert Lau di Sibu. Pembangunan yang terbantut perlu di sambung kembali supaya Sibu tidak tertinggal di belakang Miri, Bintulu dan Kuching. DAP bukannya tahu mentadbir dengan baik, mereka hanya tahu berpolitik dan banyak cakap saja...

Demi memberi muka kepada mendiang Robert Lau, masyarakat Sibu di seru untuk mengenepikan DAP yang hanya mahir mencetus kekecohan dan kembali kepada BN yang sebenarnya menjadi wadah untuk membela nasib rakyat tempatan di sini.

Oleh: Biak Kacak!

Monday, 11 April 2011

Selamatkan "biak-biak kacak" di Sarawak..!!!


"Lupa kamek madah ngan kitak orang Sarawak, jaga-jaga lah anak-anak bujang dan biak-biak Sarawak yang kacak-kacak di negeri kita ini tuk. Anwar Ibrahim sudah sampei di situk, nya ya suka benar ngan biak-biak yang kacak-kacak nang kitak!".

"Bukan sorang duak si Anwar udah rosakkan. Abis punah sidaknya biak-biak di Semenanjung. Sik ada belas kasihan agik bah. Abis polos dipolahnya lobang belakang ya. Ganas benar Anwar, sik caya, nangga gamba di atas ya".

Justeru itu, penulis mengingatkan ibubapa yang menyayangi kesucian anak-anak muda mereka, tidak mengira lelaki atau perempuan, supaya jangan membiarkan anak-anak mereka dari dilihat oleh Anwar. Susah kelak!

Salah satu perangai Anwar, dia pantang jumpa anak muda. Dia akan hampiri anak muda tersebut sambil menepuk-nepuk bahu dan matanya suka melirik ke bahagian "belakang" tubuh anak muda! Faham-fahamlah apa yang di"nangga"nya!

Jika terjadi sedemikian terhadap anak-anak muda di Sarawak ini, jangan sesekali menyerahkan nombor telefon anda kepada Anwar. Kalau diberi, dia akan mengacau hampir setiap jam, jika dia "berkenan". Dia ajak pergi minum "kopi".

Lebih parah lagi, dia juga sering menawarkan pekerjaan kepada anak-anak muda. Antara pekerjaan yang dia suka tawarkan ialah "coffee boy". Penulis ingatkan, jangan sesekali terima tawaran tersebut! Jika diterima, celaka kelak menimpa.

Saiful Bukhari Azlan pernah terima tawaran kerja tersebut. Selepas itu, dia diberikan "password"! Kerja "coffee boy" untuk Anwar pun kena pakai "password"? Setahu penulis, "password" terakhir yang diberikan pada Saiful ialah "Mohktar"! Faham-fahamlah apa yang berlaku selepas itu...

Jangan lupa rakyat Sarawak. Sembunyikan anak-anak muda anda dari penglihatan Anwar. Bahaya! Anwar tidak mengira bangsa atau etnik apa, jika nafsunya memuncak "orang tua" seperti Aneez Munawer itu pun di"belasah"nya...

Dengarlah nasihat penulis jika sayangkan anak-anak anda. Jagalah kesucian dan maruah anak-anak anda sebelum dirosakkan Anwar..!!!